GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan pengguna di kawasan di bawah tahap kedua pemulihan bekalan air telah selesai mendapat bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.
PBAPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan tahap kedua pemulihan bekalan air membabitkan 495,065 pengguna atau 84 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu.
"Ketika ini kini PBAPP berusaha untuk memulihkan bekalan air kepada 99.5 peratus daripada 590,000 yang bermula dari 6 pagi tadi, dengan pengepaman optimum air terawat dari Loji Rawatan Air(LRA) Sungai Dua ke Pulau Pinang.
"PBAPP juga menumpukan usaha memulihkan bekalan air di daerah Barat Daya terutama di kawasan hujung paip agihan dan kawasan tinggi yang dijangka selesai menjelang 6 pagi esok," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi Rabu lepas, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.
Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.
Sementara itu, PBAPP memaklumkam pihaknya telah mengenal pasti beberapa bahagian melibatkan kebocoran baharu saluran paip Sungai Perai yang berlaku semalam.
"Kerja-kerja pembaikan kebocoran itu akan dilaksanakan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.
Semalam media melaporkan, PBAPP telah mengambil langkah segera dengan melencongkan paip sementara, susulan kebocoran baharu yang dikesan pada saluran paip di dasar Sungai Perai.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilaporkan berkata paip berdiameter 900 milimeter (mm) itu dilencongkan merentasi jambatan Ampang Jajar di bahagian atas permukaan sungai.
Langkah kecemasan berkenaan diambil selepas penilaian mendapati paip sedia ada di Sungai Perai itu tidak lagi boleh dibaiki.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi Rabu lepas.- Gambar hiasan/Bernama
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.
Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).
PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.
Pemulihan bekalan air tahap kedua bermula 6 pagi - PBAPP
PBAPP memaklumkan pengguna di kawasan di bawah tahap kedua pemulihan bekalan air telah selesai mendapat bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.
PBAPP kesan kebocoran paip baharu, pengguna diminta simpan air
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mengesan satu lagi kebocoran di saluran paip bawah air Sungai Perai, pada Jumaat.
PBAPP sedang berusaha pastikan pengguna dapat semula bekalan air
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sedang berusaha memulihkan kebocoran pada saluran paip di dasar Sungai Perai.
Pemulihan air peringkat 1 bermula, namun ada cabaran teknikal - PBAPP
Bekalan air dinormalisasi secara berperingkat untuk 197,025 pengguna meliputi 33 peratus daripada 590,000 pengguna yang terjejas.
Kerja ganti injap LRA Sungai Dua bermula mengikut jadual - PBAPP
Kerja-kerja ganti dua injap kawalan di LRA Sungai Dua telah bermula mengikut jadual, iaitu jam 6 pagi ini.