PUTRAJAYA: Jemaah Menteri telah bersetuju menubuhkan pasukan khas untuk meneliti, memantau serta merangka tindakan berlunaskan undang-undang sewajarnya, bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap kerajaan Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan khas yang diketuainya itu, dianggotai Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, dan pakar-pakar berkaitan timbang tara antarabangsa.
"Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bersama Jabatan Peguam Negara, sedang menentukan terma rujukan (TOR) dan juga keahlian tambahan jika perlu, bagi pasukan khas ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
BHEUU dan Kementerian Luar akan bertindak selaku urus setia pasukan khas itu.
Wan Junaidi berkata kerajaan memandang serius isu yang mengganggu gugat kepentingan aset-aset negara di luar negara oleh waris Sultan Sulu, khususnya aset di bawah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
BACA: Kerajaan tidak pernah iktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu - Wan Junaidi
"Justeru kerajaan akan mengambil tindakan proaktif dan agresif dalam menangani isu ini, demi mempertahankan aset dan kedaulatan negara," kata Wan Junaidi.
Pada Selasa lepas, dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.
Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sulu, untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa, Malaysia yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain, mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.
Namun Wan Junaidi ketika itu dilaporkan berkata keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu adalah tidak sah, kerana tidak berlandaskan undang-undang.
Katanya keputusan yang ditetapkan penimbang tara Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.
Pada Selasa lepas, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitarsi Paris, dengan alasan perundangan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.
Dalam kenyataan Wan Junaidi pada Rabu, beliau berkata kesan daripada perintah penggantungan itu, Final Award yang diputuskan Dr Stampa tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara, sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Paris dengan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Wan Junaidi berkata kerajaan memandang serius isu yang mengganggu gugat kepentingan aset-aset negara di luar negara oleh waris Sultan Sulu, khususnya aset di bawah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kompleks Darul Hidayah bakal dijadikan pusat pemulihan akidah anak-anak GISB
MAINPP akan menjadikan Kompleks Darul Hidayah di Penaga di sini sebagai pusat pemulihan akidah bagi kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal kumpulan GISB.

Pemulihan kanak-kanak GISB: Selangor tubuh pasukan khas
Penubuhan pasukan khas itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Okt lepas.

Kilang Goodyear tutup: Kerajaan tubuh pasukan khas bantu pekerja terjejas
Pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja dan menawarkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja terjejas.

Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.

KPM tubuh pasukan petugas khas selaras semula prasekolah
Fadhlina berkata agenda KPM adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah seperti dari segi pembelajaran serta silibus dapat diselaraskan semuanya di bawah kementerian.

Sistem perolehan pasukan keselamatan perlu dirombak agar lebih telus - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pasukan khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara.

Pelan liberalisasi visa diperkukuh dengan langkah kawalan, penguatkuasaan bersepadu
Antara aspek kawalan yang bakal dilaksana ialah mewujudkan pasukan khas Jabatan Imigresen bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.

Dua pasukan khas ditubuh percepat usaha pengasingan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya
Mesyuarat pertama untuk meneliti agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya hari ini bersetuju menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi mempercepat usaha reformasi itu.

Kerajaan perlu institusikan Ekonomi MADANI bagi pelaksanaan lebih pantas - Ahli ekonomi
Noor Azlan berkata, sebuah pasukan khas perlu diberikan mandat untuk melaksanakan kerangka ekonomi tersebut bersama-sama dengan kerajaan.

Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana
Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.