PUTRAJAYA: Mesyuarat pertama untuk meneliti agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya hari ini bersetuju menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi mempercepat usaha reformasi itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang dicadangkan akan menjalankan kajian berdasarkan keterangan di beberapa negara seperti England, Australia, Kanada dan Kenya bagi mendapatkan maklumat lanjut yang tidak dapat diakses melalui data terbuka kajian amalan terbaik global.
Menurut Azalina, pasukan itu terdiri daripada beliau sendiri serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil blok pembangkang, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
"Pasukan Petugas Khas Teknikal yang dicadangkan dikendalikan sepenuhnya oleh AGC dan BHEUU untuk meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pasukan Petugas Khas Teknikal akan menyediakan Laporan Interim dalam tempoh setahun mengenai Kajian Empirikal Komprehensif Pengasingan Peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara termasuk mengambil kira hasil kajian berdasarkan keterangan dan pembentangan hasil Kajian Empirikal untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Azalina berkata sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak berkepentingan seperti Polis Diraja Malaysia, agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan diadakan oleh Pasukan Petugas Khas Teknikal dalam masa terdekat.
"Agenda reformasi ini penting bagi memastikan tadbir urus demokratik yang lebih mantap dan meningkatkan pentadbiran undang-undang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pentadbiran, sistem perundangan dan tata kelola yang baik," katanya.
Menurut Azalina kerajaan MADANI kekal komited dalam melaksanakan usaha reformasi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam memastikan tadbir urus demokratik yang lebih mantap dan meningkatkan pentadbiran undang-undang.
Beliau berkata pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada serta peraturan-peraturan berkaitan selain membawa implikasi kewangan dan perjawatan yang besar kepada kerajaan.
Azalina berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan terma rujukan dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan usaha reformasi tersebut.
"Hasil perbincangan akan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang bagi pertimbangan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Menurut Azalina, pasukan itu terdiri daripada beliau sendiri serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil blok pembangkang, AGC dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). - Foto BERNAMA
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Kompleks Darul Hidayah bakal dijadikan pusat pemulihan akidah anak-anak GISB
MAINPP akan menjadikan Kompleks Darul Hidayah di Penaga di sini sebagai pusat pemulihan akidah bagi kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal kumpulan GISB.

Pemulihan kanak-kanak GISB: Selangor tubuh pasukan khas
Penubuhan pasukan khas itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Okt lepas.

Kilang Goodyear tutup: Kerajaan tubuh pasukan khas bantu pekerja terjejas
Pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja dan menawarkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja terjejas.

Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.

KPM tubuh pasukan petugas khas selaras semula prasekolah
Fadhlina berkata agenda KPM adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah seperti dari segi pembelajaran serta silibus dapat diselaraskan semuanya di bawah kementerian.

Sistem perolehan pasukan keselamatan perlu dirombak agar lebih telus - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pasukan khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara.

Pelan liberalisasi visa diperkukuh dengan langkah kawalan, penguatkuasaan bersepadu
Antara aspek kawalan yang bakal dilaksana ialah mewujudkan pasukan khas Jabatan Imigresen bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.

Dua pasukan khas ditubuh percepat usaha pengasingan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya
Mesyuarat pertama untuk meneliti agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya hari ini bersetuju menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi mempercepat usaha reformasi itu.

Kerajaan perlu institusikan Ekonomi MADANI bagi pelaksanaan lebih pantas - Ahli ekonomi
Noor Azlan berkata, sebuah pasukan khas perlu diberikan mandat untuk melaksanakan kerangka ekonomi tersebut bersama-sama dengan kerajaan.

Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana
Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.