Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bersedia memberi khidmat nasihat serta penjadualan semula hutang kepada individu yang berdepan masalah pembayaran hutang pascamoratorium.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK Mohamad Khalil Jamaldin berkata agensi itu bersedia membantu mereka yang masih terkesan dari segi kewangan apabila pelaksanaan moratorium tersebut tamat pada 30 Sept ini.
"Bagi golongan yang pendapatannya tidak terjejas tetapi memilih untuk menerima moratorium dijangka tidak mempunyai masalah untuk membayar semula pinjaman setelah tamat tempoh moratorium.
"Namun bagi mereka yang masih terkesan dari segi kewangan dan menempuh saat sukar, diseru agar mendapatkan bantuan awal dengan menghubungi institusi kewangan masing-masing atau AKPK," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
AKPK turut menggariskan sembilan panduan bagi membantu mereka yang berkenaan membuat persediaan menghadapi cabaran kewangan pascamoratorium, antaranya bersedia dari segi mental dan emosi bahawa tiada lagi penangguhan bayaran selepas 30 Sept ini; tidak menunggu saat akhir dengan merancang awal pembayaran; dan mengetahui ansuran bulanan terkini.
Mereka juga disaran menyemak semula kedudukan kewangan terkini; mengkaji semula bajet bulanan; menjana pendapatan baharu; mempelajari kemahiran baharu; meneroka pakej insentif COVID-19; dan tidak terjebak dalam skim penipuan kewangan.
Bagi mereka yang berminat mengetahui tip terkini pengurusan kewangan berhemat serta pembelajaran pengurusan kewangan dalam talian, bolehlah melayari laman sesawang power.akpk.org.my atau media sosial AKPK seperti Facebook, twitter dan Instagram.
Bagi yang ingin mendapatkan bantuan, AKPK boleh dihubungi menerusi talian khidmat pelanggan 03-2616 7766 atau melalui laman web www.akpk.org.my serta pautan bit.ly/AKPKdmp2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020

AKPK turut menggariskan sembilan panduan bagi membantu mereka yang berkenaan membuat persediaan menghadapi cabaran kewangan pasca moratorium. - Gambar hiasan

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

AKPK Melaka struktur semula 2,107 fasiliti kad kredit golongan belia sejak 2006
Setakat Mac lepas juga, 4,948 fasiliti kredit berjaya distruktur semula di Melaka menerusi pelan pembayaran balik yang komprehensif dan holistik.

88 peratus pilih moratorium - AKPK
Daripada jumlah yang memilih moratorium itu, 48 peratus atau 1,124 responden mahu mewujudkan simpanan waktu kecemasan.

Pasca moratorium: AKPK sedia beri khidmat nasihat bayar semula hutang
Agensi itu bersedia membantu mereka yang masih terkesan dari segi kewangan apabila pelaksanaan moratorium tersebut tamat pada 30 Sept ini.

MAPS tutup: 265 pekerja akan dapat pampasan
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta susulan notis penutupan taman tema MAPS akan diberi pampasan.

64,632 rakyat Malaysia bankrap sejak lima tahun lepas
Jabatan Insolvensi Malaysia berkata seramai 64,632 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 44 tahun telah diisytiharkan bankrap sejak lima tahun lepas.

Bank, AKPK akui isu bankrap perlu diberi lebih perhatian - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bincang meja bulat antara bank-bank komersial, Bank Negara Malaysia, AKPK.

BNM tingkat inisiatif celik kewangan rakyat Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meningkatkan inisiatif celik kewangan bagi mempertingkatkan tahap kemahiran kewangan pengguna di Malaysia.

AKPK proses lebih 600 kes peminjam PTPTN sejak Februari
Menurut Pengurus Besarnya, Azman Hasim, pada masa sama jumlah individu yang mendapatkan khidmat nasihat AKPK secara keseluruhan meningkat tiga peratus tahun ini.

BNM akan selaraskan kriteria pinjaman perumahan
BNM) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan industri perbankan bagi menyelaras kriteria meluluskan pembiayaan perumahan dan meningkatkan kemampuan pemohon.

Kadar individu dengan masalah kewangan masih terkawal
Kadar individu yang berdepan dengan masalah kewangan dan sukar membayar hutang masih berada pada tahap terkawal.