MELAKA: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) cawangan Melaka berjaya menstrukturkan semula 2,107 fasiliti kad kredit melibatkan nilai lebih RM15.9 juta yang ditanggung golongan belia berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun di negeri itu sejak 2006 hingga Mac lepas menerusi Program Pengurusan Kredit (PPK).
Ketua Cawangannya Mohammad Farid Fadzil berkata golongan berusia sedemikian mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 84 peratus daripada keseluruhan pelanggan yang mendapatkan bantuan di cawangan berkenaan.
Beliau berkata kajian khusus dijalankan oleh AKPK Financial Education Wellness Research Committee (FEWRC) berkaitan Tingkah Laku Berbelanja Dalam Kalangan Pengguna Muda Malaysia 2023 mendapati kebanyakan anak muda meletakkan kepentingan lebih tinggi untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan, makan di luar, membeli peranti elektronik dan mengekalkan penampilan yang baik berbanding membina simpanan mereka.
"Kajian itu juga mendedahkan sifat suka bersaing secara sosial dengan rakan sebaya sekali gus memberi kesan negatif kepada kedudukan kewangan mereka serta turut dikaitkan dengan beberapa mentaliti seperti fear of missing out (FOMO) atau rasa takut ketinggaan dan you only live once (YOLO) atau hidup hanya sekali.
"Golongan itu juga kurang pendedahan tentang pengurusan kewangan yang cekap dan kos perbelanjaan yang tinggi disebabkan faktor penambahan jumlah bilangan ahli keluarga," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohammad Farid berkata berbelanja melebihi kemampuan juga boleh menyebabkan individu atau keluarga berkenaan menggunakan kad kredit secara tidak terkawal dan akhirnya menanggung beban hutang melebihi pendapatan hingga mengganggu keadaan aliran tunai semasa.
Beliau berkata fenomena itu turut menjejaskan kemampuan untuk membayar balik pinjaman atau hutang dalam tempoh masa ditetapkan dan mengikut jumlah yang dipersetujui serta turut memberikan kesan terhadap penilaian kredit peminjam berkenaan.
"Hal ini sekali gus mengakibatkan peminjam mula tertekan dan kualiti hidup mula terjejas akibat tekanan kewangan, berpotensi dikenakan tindakan kebankrapan serta kehilangan harta benda," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata AKPK menasihati orang ramai supaya tidak bertangguh untuk mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi masalah kewangan dan agensi itu sentiasa terbuka untuk masyarakat mendapatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan serta hutang.
"Kesediaan mental amat penting dalam mengharungi cabaran keterhutangan serius, oleh itu peminjam perlu tekad dan berazam untuk memperbaiki kewangan agar lebih baik dan peroleh ketenangan fikiran melalui penggunaan kredit yang bijak," katanya.
Menurut Mohammad Farid setakat Mac lepas juga, 4,948 fasiliti kredit berjaya distruktur semula di Melaka menerusi pelan pembayaran balik yang komprehensif dan holistik.
Beliau berkata daripada jumlah itu, fasiliti kad kredit merekodkan jumlah tertinggi iaitu 43 peratus diikuti pinjaman peribadi (41 peratus), pinjaman kenderaan (empat peratus), pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (tiga peratus) manakala selebihnya kategori lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

AKPK cawangan Melaka berjaya menstrukturkan semula 2,107 fasiliti kad kredit melibatkan nilai lebih RM15.9 juta yang ditanggung golongan belia berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun di negeri itu sejak 2006 hingga Mac lepas menerusi PPK.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

AKPK Melaka struktur semula 2,107 fasiliti kad kredit golongan belia sejak 2006
Setakat Mac lepas juga, 4,948 fasiliti kredit berjaya distruktur semula di Melaka menerusi pelan pembayaran balik yang komprehensif dan holistik.