Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan rundingan meja bulat yang membabitkan Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia berkenaan isu-isu berkaitan kebankrapan.
"Rundingan meja bulat ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas kepada pihak bank mengenai pindaan-pindaan yang telah dibuat Kerajaan di dalam Akta Insolvensi 1967," katanya.
"Rundingan meja bulat ini juga dibuat bagi membincangkan isu-isu teknikal yang dihadapi oleh pihak-pihak yang berkenaan."
Isu-isu teknikal
Antara isu yang dibincangkan adalah mekanisme penyelamat melalui kaedah Perkiraan Sukarela (Voluntary Assessment atau VA).
Juga dibincang adalah berkenaan dengan kenaikan had minimum kebankrapan daripada RM30,000 kepada RM50,000 dan kes-kes kebankrapan yang telah ditadbir pihak-pihak berkenaan yang melebihi 15 tahun.
Selain itu, Azalina turut menyatakan hasrat Kerajaan untuk melepaskan sebanyak 10,000 bankrap setahun bagi tempoh lima tahun.
"Kerajaan juga berharap agar pihak bank meneliti dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bantahan terhadap pelepasan dikemukakan."
Kerajaan prihatin
Pihak kerajaan turut mempelawa agar kerjasama yang baik daripada pihak bank dapat dicapai untuk membenarkan mekanisme 'penyelamat' digunakan untuk memberi peluang kepada penghutang menyusun semula hutangnya bagi mengelak sebarang prosiding kebankrapan diambil terhadap mereka.
Turut sama, Ketua Pengarah BHEUU, Datuk Jalil Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah MdI, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Consumer dan Amalan Pasaran Bank Negara, Jeremy Lee, Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Kalpana Sambasivamurthy, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir dan lebih 30 wakil bank kormersial yang beroperasi di Malaysia.
Ibrahim Sani
Wed Jan 17 2018
AZALINA: 'Kerajaan juga berharap agar pihak bank meneliti dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bantahan terhadap pelepasan dikemukakan.' - Gambar fail
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
AKPK Melaka struktur semula 2,107 fasiliti kad kredit golongan belia sejak 2006
Setakat Mac lepas juga, 4,948 fasiliti kredit berjaya distruktur semula di Melaka menerusi pelan pembayaran balik yang komprehensif dan holistik.
88 peratus pilih moratorium - AKPK
Daripada jumlah yang memilih moratorium itu, 48 peratus atau 1,124 responden mahu mewujudkan simpanan waktu kecemasan.
Pasca moratorium: AKPK sedia beri khidmat nasihat bayar semula hutang
Agensi itu bersedia membantu mereka yang masih terkesan dari segi kewangan apabila pelaksanaan moratorium tersebut tamat pada 30 Sept ini.
MAPS tutup: 265 pekerja akan dapat pampasan
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta susulan notis penutupan taman tema MAPS akan diberi pampasan.
64,632 rakyat Malaysia bankrap sejak lima tahun lepas
Jabatan Insolvensi Malaysia berkata seramai 64,632 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 44 tahun telah diisytiharkan bankrap sejak lima tahun lepas.
Bank, AKPK akui isu bankrap perlu diberi lebih perhatian - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bincang meja bulat antara bank-bank komersial, Bank Negara Malaysia, AKPK.
BNM tingkat inisiatif celik kewangan rakyat Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meningkatkan inisiatif celik kewangan bagi mempertingkatkan tahap kemahiran kewangan pengguna di Malaysia.
AKPK proses lebih 600 kes peminjam PTPTN sejak Februari
Menurut Pengurus Besarnya, Azman Hasim, pada masa sama jumlah individu yang mendapatkan khidmat nasihat AKPK secara keseluruhan meningkat tiga peratus tahun ini.
BNM akan selaraskan kriteria pinjaman perumahan
BNM) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan industri perbankan bagi menyelaras kriteria meluluskan pembiayaan perumahan dan meningkatkan kemampuan pemohon.
Kadar individu dengan masalah kewangan masih terkawal
Kadar individu yang berdepan dengan masalah kewangan dan sukar membayar hutang masih berada pada tahap terkawal.