SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri terselamat apabila berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta mereka selepas kenderaan itu dihempap pokok tumbang di Jalan Lencong Timur selepas lampu isyarat, Bandar Perdana, di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa Yeow Seng Chye, 66, tidak mengalami kecederaan sementara isterinya, Lim Ah Yoong, 64, mengalami luka dan sakit di bahagian dada.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima maklumat berhubung kejadian pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Toyota Vios.
“Ketika kejadian, lelaki warga emas itu bersama isterinya sedang dalam perjalanan ke Taman Sejati untuk urusan bank.
"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebatang pokok yang berada di sebelah kiri jalan dipercayai tumbang lalu menghempap kenderaan mangsa.
"Sebaik kejadian, lelaki warga emas itu dan isterinya berjaya keluar sendiri dari kereta terbabit," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Wan Azharuddin berkata, isteri mangsa yang mengalami sakit di bahagian dada dinasihatkan untuk dapatkan rawatan lanjut di hospital.
Beliau berkata, bagaimanapun kejadian tidak melibatkan kenderaan lain.
"Unit Kereta Peronda (MPV) Echo IPD Kuala Muda dan pihak Bomba Sungai Petani yang sampai di lokasi untuk melakukan kawalan di tempat kejadian dan kerja pembersihan.
"Kerja-kerja pembersihan kemudian dilakukan oleh pihak Bomba dan laluan dibuka semula pada jam 5.45 petang," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 27 2024

Sepasang suami isteri terselamat apabila berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta mereka selepas kenderaan itu dihempap pokok tumbang di Jalan Lencong Timur selepas lampu isyarat. - Foto ihsan polis

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.

Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Jenazah suami isteri maut kemalangan di Thailand selamat dikebumikan
Lebih 200 terdiri dari ahli keluarga dan rakan Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.

Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian
Mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya diikat jamin selain mengarahkan melantik peguam dan menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum
Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan.

Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.