Jenazah Mohd Sofi Ismail,43, dan isteri, Zaimima Ismail, 43, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 5.30 pagi.
Jenazah Mohd Sofi dan isterinya dibawa keluar dari Thailand pada jam 1.10 pagi dan dimandi dan dikafankan di rumah ibu bapa Zaimima sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 4.30 pagi.
Lebih 200 terdiri dari ahli keluarga dan rakan Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Chumphon, Thailand pada Isnin.
Pasangan suami isteri terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 9 pagi waktu tempatan.
Perkhabaran kemalangan maut itu dikongsikan oleh Muhammad Arashid Ramli, 39, yang merupakan rakan Allahyarham.