KEHILANGAN pesawat Sriwijaya Air SJ182 Indonesia pada Sabtu menggemparkan industri penerbangan negara itu.
Kali terakhir kemalangan pesawat komersial Indonesia adalah pada 28 Disember 2014 membabitkan penerbangan AirAsia QZ8501.
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.
Ini 10 perkara penting anda perlu tahu tentang nahas Sriwijaya Air SJ182:
1) Pesawat malang itu dilaporkan berada dalam keadaan baik sebelum kejadian.
2) Penerbangan ditangguhkan selama 30 minit ekoran hujan lebat sebelum berlepas.
3) Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).
4) Boeing 737-500 itu membawa 62 penumpang termasuk empat anak kapal.
5) Ia terputus hubungan jam 2.40 waktu tempatan ketika melintasi ruang udara di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
6) Pesawat itu dipercayai terhempas sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.
7) Pihak berkuasa Indonesia menemukan titik koordinat lokasi pesawat terhempas dan beberapa kapal Republik Indonesia (KRI) dikerah ke lokasi.
8) Pasukan Tindakan Kecemasan berjaya menemukan serpihan logam dan cebisan mayat semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
9) Beberapa jaket keselamatan, avtur (bahan bakar turbin penerbangan) dan serpihan pesawat turut ditemui di lokasi kejadian.
10) Sebahagian bangkai pesawat ditemukan pasukan penyelam tentera Indonesia pada kedalaman 75 kaki di Laut Jawa.
Ikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa di LIVE BLOG Astro AWANI.
Fareez Azman
Sun Jan 10 2021

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan. -AP
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.