PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bachok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menolak petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN).
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen telah gagal mematuhi beberapa peraturan yang termaktub dalam Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Ketika membacakan keputusan penghakimannya kira-kira selama sejam itu, Zamani berkata antara kegagalan itu adalah pihak pempetisyen telah gagal mematuhi kaedah pelantikan peguam dan kecacatan dalam penyerahan petisyen kepada responden.
Beliau memutuskan pempetisyen perlu membayar kos RM30,000 kepada responden pertama dan RM15,000 masing-masing kepada responden kedua dan responden ketiga dalam kedua-dua petisyen itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, calon BN bagi kawasan Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN Datuk Ilias Husain kalah kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.
Petisyen bagi Parlimen Bachok difailkan Dr Awang Adek manakala DUN Jelawat oleh Ilias.
BN diwakili barisan peguam yang diketuai Mohd Ilias Mohd Noor manakala PAS oleh peguam Hisham Fauzi. Responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili barisan peguam yang diketuai Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad.
Bernama
Sun Aug 18 2013
Pengurusan Celine Dion kecam Trump guna lagunya semasa berkempen
Pasukan pengurusan Dion mengeluarkan kenyataan bagi pihak artis Kanada itu dan syarikat rakamannya, mengatakan penggunaan lagu berkenaan "sama sekali tidak dibenarkan".
Sukan Olimpik Paris 2024: 'Azizulhasni terlalu fokus strategi' - Bekas atlet, penganalisis sukan
Beliau berkata strategi yang dilakukan atlet berusia 36 tahun itu sudah bagus namun Mohd Azizulhasni seharusnya berhati-hati dengan pergerakan.
AWANI Ringkas: Segerakan bantuan kepada Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.
Hari Hol: Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Makam Diraja
Hari Hol ialah hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.
‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza
Konsert yang dinamakan Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan itu berlangsung selama hampir tiga jam dan menyaksikan Siti mempersembahkan rangkaian lebih 30 lagu hits terhebatnya.
Faisal Halim dapat topeng rekaan khas Universiti Malaya
Topeng muka Faisal Halim rekaan khas oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya hasil kajian melalui Bioapps Sdn Bhd.
Menang atau tidak, Malaysia tetap bersama anda Azizulhasni
Hakikatnya, bukan hanya Jijoe yang kecewa, rakyat Malaysia juga turut sama bersedih, berduka, bermuram durja dengan kontroversi itu.
Wanita cedera ditikam suami dibenarkan keluar hospital
Suami mangsa yang juga suspek dalam kejadian itu bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Jempol dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tetapi masih belum boleh bercakap.
AWANI Ringkas: Apple dan Samsung paling laris
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahatul Sakinah, Kampung Tengah Kluang petang tadi.
Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini
Mohd Puad memaklumkan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahad ini.
Pelantikan Awang Bemee bukti kepercayaan kepada GPS - Abang Johari
Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-21 adalah bukti kepercayaan terhadap wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) memimpin dewan itu.
Pang Sock Tao angkat sumpah ADUN Kuala Kubu Baharu
Pang, 31, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor Lau Weng San.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.