IPOH: Kerajaan Perak membenarkan semua parti politik termasuk pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai melalui kaedah sewaan, bagi membantu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menjana pendapatan, di kawasan masing-masing.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagaimanapun, pihaknya memberi kebenaran kepada JPKK untuk membuat peraturan tersendiri, bagi kaedah penggunaannya.
"Pengurus bagi dewan orang ramai ialah JPKK, jadi jika ada parti politik ingin menggunakan dewan tersebut, bolehlah bayar kepada JPKK," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Sementara itu, Saarani berkata seramai 817 daripada 828 pengerusi JPKK di kampung tradisional di Perak, telah dilantik.
Beliau berkata baki 11 orang lagi belum dilantik atas beberapa faktor termasuklah faktor usia, serta tidak melepasi tapisan yang dibuat pihak polis.
"Kesemua calon pengerusi JPKK hendaklah ditapis terlebih dahulu, termasuklah faktor usia tidak boleh lebih daripada 65 tahun serta rekod calon-calon ini dihantar kepada polis untuk disemak, sama ada mereka mempunyai kes jenayah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta bukan penerima e-Kasih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Saarani berkata seramai 817 daripada 828 pengerusi JPKK di kampung tradisional di Perak, telah dilantik. - Gambar Sinar Harian
Buah-buahan Malaysia pikat warga Namibia, pacu potensi perdagangan
Produk pertanian Malaysia terutama buah-buahan berpotensi besar untuk dieksport ke Namibia. Ini kerana negara di benua Afrika itu melihat produk Pertanian Malaysia adalah istimewa dan hanya terdapat di negara tropika seperti nangka manggis dan durian.
Putin tiba di Beijing dalam usaha dapatkan sokongan China terhadap perang di Ukraine
Lawatan Putin dilihat sebagai talian hayat ekonomi bagi Rusia selepas Barat mengenakan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kyrgyz hasrat Malaysia lantik penasihat kerajaan
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa pada Rabu.
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) merekodkan sebanyak 14,488 kes penipuan pelaburan bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.34 bilion.
Parti politik termasuk pembangkang, boleh sewa dewan orang ramai - MB Perak
Kerajaan Perak membenarkan semua parti politik termasuk pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai melalui kaedah sewaan.
Kes jenayah babitkan warga asing di Kelantan meningkat
Sebanyak 153 kes jenayah melibatkan warga asing direkodkan di Kelantan sepanjang tahun lepas, meningkat berbanding 121 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhama
Pengawal keselamatan dipenjara, pecah masuk mahkamah, curi wang
Gara-gara pecah masuk bangunan mahkamah dan mencuri wang, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Pesara wanita rugi RM3.839 juta jadi mangsa phone scam
Seorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam'.
Kes tembak: Lima lagi diberkas
Lima lagi individu diberkas bagi membantu siasatan kes lelaki maut ditembak di hadapan sebuah kedai di di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini.
Trump serah diri, ditahan di penjara Georgia
Trump dijangka akan dibawa ke Penjara Fulton County untuk menyerah diri atas lebih 12 pertuduhan jenayah.
Komuniti Sibu puji tugas baik polis - Tiong King Sing
Tiong berkata, komuniti amat berterima kasih dengan polis Sibu kerana telah meningkatkan keselamatan dan kemananan.
Kes jenayah Orang Asli Kelantan dikategori terpencil
Kes jenayah melibatkan Orang Asli Kelantan berada dalam kategori kelompok terpencil memandangkan hanya 10 kes yang direkodkan bermula pada 2020 hingga 2022.
Kes jenayah anggota keselamatan, penguat kuasa catat penurunan - Shamsul Anuar
Jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dan penguat kuasa mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.