KUALA LUMPUR: Satu kes kehilangan wang dari akaun bank melibatkan nilai kerugian melebihi RM2 juta dikesan berlaku di sebuah bank di Kuala Kangsar, Perak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kehilangan wang yang didalangi kakitangan bank itu terbongkar selepas satu laporan diterima pihaknya pada 9 Julai lalu.
Menurutnya, laporan berkenaan memaklumkan terdapat pindahan wang dari akaun simpanan tetap milik pelanggan ke akaun pihak ketiga oleh kakitangan bank tersebut.
"Kegiatan kakitangan itu hanya terbongkar apabila dua orang pemilik akaun simpanan tetap terbabit hadir ke bank untuk membuat pengeluaran wang dari akaun simpanan tetap pada 27 Jun lalu.
“Setelah semakan dibuat, didapati sebahagian daripada sijil akaun simpanan tetap milik mereka telah ditutup.
“Pelanggan-pelanggan tersebut menafikan pernah membuat penutupan atau mengeluarkan wang dari akaun simpanan tetap milik mereka,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan oleh pihak bank, seorang kakitangan mereka disyaki telah membuat pengeluaran wang tersebut yang kemudian didepositkan ke beberapa akaun yang berbeza.
Ujarnya, bagaimanapun, kakitangan tersebut yang juga suspek utama kes ini telah meninggal dunia pada 5 Julai lalu.
“Walaupun suspek utama telah meninggal dunia, siasatan kes ini tetap diteruskan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Ramli menegaskan, institusi perbankan perlu melaksanakan siasatan terperinci terhadap transaksi perbankan yang tidak dibenarkan seperti saranan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan seorang mangsa keldai akaun yang dibawa oleh sindiket ke beberapa bank untuk membuka akaun tanpa banyak persoalan oleh pegawai bank bertugas, kata Ramli, terdapat pegawai bank yang bersekongkol.
“Ringkasnya, terdapat pegawai bank yang bersekongkol dengan sindiket untuk memudahkan pembukaan akaun oleh individu yang kononnya pemilik syarikat keldai bagi membolehkan wang penipuan disalurkan ke akaun syarikat tersebut,” ujarnya.
“Sebagai langkah tambahan, polis menyarankan agar pihak bank memperkemaskan sistem mereka demi memastikan kepentingan pelanggan sentiasa terpelihara,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 12 2024
Ramli berkata, kehilangan wang yang didalangi kakitangan bank itu terbongkar selepas satu laporan diterima pihaknya pada 9 Julai lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Prosiding 22 ahli GISB pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh berkenaan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'
Seorang pegawai bank kerugian RM260,400 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
Songlap RM24.2 juta: 10 suspek termasuk pengurus bank dituduh Khamis ini
Seramai 10 individu termasuk pengurus bank yang terlibat dengan sindiket curi wang akaun simpanan tetap milik pelanggan dianggarkan bernilai RM24.7 juta akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu.
Pegawai bank songlap RM2 juta dalam akaun pelanggan
Satu kes kehilangan wang dari akaun bank melibatkan nilai kerugian melebihi RM2 juta dikesan berlaku di sebuah bank di Kuala Kangsar, Perak.
Hilang RM24.2 juta dalam akaun, lapan termasuk empat pegawai bank ditahan
Seramai lapan individu termasuk empat pegawai bank diberkas polis selepas disyaki bersubahat dengan sindiket bagi mengeluarkan wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan
Seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM53,700 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian pada Ahad.
Pegawai bank ditahan buat kad kredit guna maklumat pelanggan
Lelaki itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan.