KUALA LUMPUR: Seorang bekas kakitangan bank yang didakwa atas 80 kes jenayah melibatkan 155 jongkong emas milik pelanggan bernilai lebih RM6 juta bulan lalu dituduh lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tiga pertuduhan membabitkan dokumen palsu pada tahun 2019 dan 2021 lalu.
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
Mengikut semua pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa menggunakan dua dokumen ‘Gold Safe Keeping Service Withdrawal Form’ dan satu ‘Letter of indemnity’ sebagai tulen sedangkan tertuduh mengetahui ia palsu.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Brickfields di sini, pada 15 Oktober 2019 dan 13 Januari 2021 lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 465 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norfauzani Mohd Nordin mencadangkan mahkamah mengguna pakai kadar ikat jamin yang diberikan dalam prosiding kes lalu.
Peguam, Shahrulazwad Ismail yang mewakili tertuduh, tidak membantah perkara tersebut.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pada 27 Mac lalu, lelaki tersebut didakwa atas 80 pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, memalsukan dokumen dan menipu kakitangannya membabitkan 155 jongkong emas milik pelanggan bernilai lebih RM6 juta, antara tahun 2019 hingga 2021 lalu.
Bagi 46 pertuduhan pemalsuan dokumen, tertuduh didakwa menggunakan dokumen tulen iaitu ‘Gold Safe Keeping Service Withdrawal Form’.
Mengikut 26 pertuduhan menipu pula, lelaki itu didakwa memperdayakan beberapa pegawai bank yang sama untuk mempercayai bahawa beberapa pelanggan mahu mengeluarkan dan membeli jongkong emas pelbagai berat menggunakan borang ‘Gold Safe Keeping Service Withdrawal Form’ yang dikatakan ditandatangani pelanggan.
Bagi tujuh pertuduhan, tertuduh yang memakai baju lokap berwarna putih didakwa menyalahguna harta iaitu jongkong emas milik empat wanita.
Bagi satu lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan dua jongkong emas kepunyaan seorang wanita bergelar datin berusia 75 tahun.
Semua kesalahan didakwa dilakukan di bank sama antara 15 Oktober 2019 hingga 24 Ogos 2021 lalu.
Dalam pada itu, semasa prosiding, Norfauzani memohon mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) tertuduh atas tiga daripada 46 pertuduhan pemalsuan dokumen, kerana kesilapan teknikal.
Azrul membenarkan perkara tersebut selepas pihak pembelaan tidak membantah permohonan pendakwaan berkenaan.
Bagaimanapun, selepas dia dituduh semula atas tiga pertuduhan baharu, jumlah keseluruhan kekal menjadi 80 kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 26 2024
![Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714113608_TBdokumenpalsuj.jpg)
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di Mahkamah Sesyen. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Hilang RM24.2 juta dalam akaun, lapan termasuk empat pegawai bank ditahan Hilang RM24.2 juta dalam akaun, lapan termasuk empat pegawai bank ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718704815_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Hilang RM24.2 juta dalam akaun, lapan termasuk empat pegawai bank ditahan
Seramai lapan individu termasuk empat pegawai bank diberkas polis selepas disyaki bersubahat dengan sindiket bagi mengeluarkan wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.
![Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714113608_TBdokumenpalsuj.jpg)
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
![Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam' Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710320850_YahayaOthman.jpg)
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
![Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711693787_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
![Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686030002_scam.jpg)
Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan
Seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM53,700 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian pada Ahad.
![Pegawai bank ditahan buat kad kredit guna maklumat pelanggan Pegawai bank ditahan buat kad kredit guna maklumat pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676391592_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Pegawai bank ditahan buat kad kredit guna maklumat pelanggan
Lelaki itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan.
![Lelaki menyamar wakil syarikat larikan wang Lelaki menyamar wakil syarikat larikan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659744641_suspekmenyamar.jpg)
Lelaki menyamar wakil syarikat larikan wang
Suspek didapati aktif menjalankan penipuan di sekitar Tanjung Malim dan Slim River sejak Januari lalu.
!['Saya hanya tahu akaun milik Najib selepas siasatan 1MDB bermula' - Saksi 'Saya hanya tahu akaun milik Najib selepas siasatan 1MDB bermula' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655213879_NajibTunRazak.jpg)
'Saya hanya tahu akaun milik Najib selepas siasatan 1MDB bermula' - Saksi
Saksi itu berkata sewaktu beliau mengambil alih portfolio pelanggan 'AM Private Banking Division' daripada pegawai atasannya, beliau tidak diberitahu mengenai butiran pemilik akaun.
![Ahli perniagaan wanita rugi lebih RM300,000 selepas dihubungi 'pegawai bank' Ahli perniagaan wanita rugi lebih RM300,000 selepas dihubungi 'pegawai bank'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629197088_scmageneric.jpg)
Ahli perniagaan wanita rugi lebih RM300,000 selepas dihubungi 'pegawai bank'
Wanita berumur 55 tahun itu dihubungi seorang pegawai bank mendakwa kad kredit miliknya telah digunakan dalam jumlah yang besar.
![Pegawai bank ditahan disyaki terbabit tujuh kes pecah amanah Pegawai bank ditahan disyaki terbabit tujuh kes pecah amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625821203_handcuff.jpg)
Pegawai bank ditahan disyaki terbabit tujuh kes pecah amanah
Seorang pegawai bank antarabangsa ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan tujuh kes pecah amanah bernilai kira-kira RM4 juta.