KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dimaklumkan pengantunan seksual atau sexual grooming kini dimasukkan ke dalam Akta Kanak-Kanak sedia ada sebagai satu kesalahan jenayah.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff memberitahu, di bawah akta tersebut, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, serta boleh dikenakan sebatan.
"Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 telah digubal bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih baik kepada kanak-kanak, melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak, serta mengadakan pencegahan yang berkesan bagi kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
"Kesalahan pengantunan kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai child grooming telah pun dimasukkan ke dalam akta tersebut dengan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Akta ini di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai kesediaan kerajaan untuk meminda undang-undang sedia ada untuk menjadikan sexual grooming sebagai satu jenayah di Malaysia.
Pada 2017, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pernah membangkitkan isu mengenai sexual grooming yang dilihat wujudnya kelompangan dalam peruntukan undang-undang kerana pelaku jenayah itu tidak dapat didakwa jika dibawa ke muka pengadilan.
Antun kanak-kanak ialah sejenis aktiviti jenayah, kadangkala melalui internet, yang menjadikan kanak-kanak sebagai rakan dengan tujuan untuk memujuk mereka supaya menjalinkan hubungan seksual.
Ia juga digunakan untuk mengumpan kanak-kanak di bawah umur untuk bersubahat dalam perniagaan haram seperti pemerdagangan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak atau dalam terbitan pornografi kanak-kanak.
Dalam pada itu, Siti Zailah memberitahu, data 2020 menunjukkan hanya 34.4 peratus daripada ibu bapa yang menggunakan aplikais kawalan dalam melindungi anak-anak mereka dalam internet.
Umavathi Ramayah
Wed Nov 24 2021
![Parlimen: Pengantunan seksual dimasukkan sebagai kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak Parlimen: Pengantunan seksual dimasukkan sebagai kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637732032_Japen.jpg)
Siti Zailah Mohd Yusoff memberitahu, di bawah akta tersebut, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, serta boleh dikenakan sebatan. - Gambar JAPEN
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
![Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732946203_FahmiFadzil.jpg)
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
![Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan penderaan seksual kanak-kanak ditahan Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan penderaan seksual kanak-kanak ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735017757_tbBukitAman.jpg)
Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan penderaan seksual kanak-kanak ditahan
Polis menahan 13 lelaki secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian.
![Imigresen Filipina akan usir dua pedofil dilabel sebagai warga asing tidak diingini Imigresen Filipina akan usir dua pedofil dilabel sebagai warga asing tidak diingini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729247364_foreignpedophiles.jpg)
Imigresen Filipina akan usir dua pedofil dilabel sebagai warga asing tidak diingini
Mereka akan segera diusir dan akan diletakkan dalam senarai hitam yang melarang mereka daripada memasuki semula Filipina.
![Pendedahan rangkaian jenayah: Telegram diminta beri kerjasama Pendedahan rangkaian jenayah: Telegram diminta beri kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728465677_TBFahmi.jpg)
Pendedahan rangkaian jenayah: Telegram diminta beri kerjasama
Setakat ini kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap kakitangan dari platform media sosial itu dengan syarat mereka memberikan kerjasama.
![MCMC diminta tidak teruskan pelaksanaan kaedah penghalaan semula DNS - Fahmi MCMC diminta tidak teruskan pelaksanaan kaedah penghalaan semula DNS - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725348860_TBFAHMIFADZIL.jpg)
MCMC diminta tidak teruskan pelaksanaan kaedah penghalaan semula DNS - Fahmi
MCMC diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).
![Sejumlah 10,423 laman sesawang berjaya disekat MCMC Sejumlah 10,423 laman sesawang berjaya disekat MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712146249_TBMCMCLogo.jpg)
Sejumlah 10,423 laman sesawang berjaya disekat MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 10,423 laman sesawang telah disekat susulan pelanggaran undang-undang dari 1 Jan 2022 hingga 1 Ogos lepas.
![ASEAN perlu kerjasama teliti kerangka kawal selia internet - Fahmi ASEAN perlu kerjasama teliti kerangka kawal selia internet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
ASEAN perlu kerjasama teliti kerangka kawal selia internet - Fahmi
ASEAN perlu bekerjasama dalam meneliti kerangka kawal selia lebih tegas memastikan ekosistem internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga di rantau ini.
![Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721561523_FahmiFadzil.jpg)
Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi
Pengendali aplikasi komunikasi Telegram dan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang salah laku jenayah bebas dilakukan di dalam platform berkenaan.
![Pornografi boleh menyebabkan masalah mati pucuk - Pakar kesihatan lelaki Pornografi boleh menyebabkan masalah mati pucuk - Pakar kesihatan lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625724123_Depression.jpg)
Pornografi boleh menyebabkan masalah mati pucuk - Pakar kesihatan lelaki
Para lelaki disaran agar tidak segan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau mana-mana hospital.