SHAH ALAM: Seorang pemandu sebuah jabatan kerajaan dan rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dengan seorang pemilik bengkel bagi tuntutan palsu insurans kemalangan kenderaan.
Erhanhazwan Hasim, 38, dan rakannya Ali Mochammad, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Pemilik bengkel itu, Hamidah Buang, 40, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang ejen sebuah syarikat insurans mengenai borang laporan kemalangan kenderaan seorang wanita bagi tuntutan insurans berjumlah RM4,899.19 dengan mengemukakan butir matan palsu termasuk borang yang ditandatanganinya tanpa pengetahuan wanita itu.
Erhanhazwan, pemandu di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor dan Ali yang bekerja sebagai peniaga, dituduh bersubahat dengan Hamidah untuk tujuan sama.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Batu 16 Jalan Ipoh, Gombak pada 9 Mac 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin sementara Hamidah diwakili peguam Shalehuddin Salam manakala Erhanhazwan dan Ali tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 masing-masing kepada Erhanhazwan dan Ali manakala RM5,000 kepada Hamidah dengan seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM pada setiap bulan.
Sebutan semula kes bagi semua tertuduh ditetapkan 26 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Batu 16 Jalan Ipoh, Gombak pada 9 Mac 2021. - Foto SPRM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Palsu tuntutan insurans kenderaan: Pemandu jabatan, rakan dan pemilik bengkel didakwa
Seorang pemandu sebuah jabatan kerajaan dan rakannya didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan seorang pemilik bengkel bagi tuntutan palsu insurans kemalangan kenderaan.

Juruteknik rugi RM224,000 diperdaya sindiket menyamar ejen insurans
Mangsa telah disoal siasat dan diminta memberikan maklumat akaun bank dan baki wang simpanan.

COVID-19: Tuntutan palsu lebih 500 juta baht dibuat sejak pandemik
Kebanyakan tuntutan palsu dibuat di bawah skim "Jer Jai Jop" bermaksud "dibayar apabila dijangkiti", iaitu pesakit COVID-19 akan menerima bayaran pada kadar segera selepas dijangkiti.

Putus tangan, lelaki didenda RM2,000 buat tuntutan insurans palsu RM500,000
Mereka dituduh secara bersama telah menipu syarikat The Pacific Insurance Bhd yang mendorong syarikat itu untuk membuat bayaran tuntutan insurans sebanyak RM500,000 atas kemalangan yang tidak wujud.