Malaysia perlu melindungi hab-hab pengangkutan, hospital dan komunitinya bagi mengelak lantunan pandemik COVID-19 apabila kerajaan negara ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Isnin ini.
Beberapa pakar perubatan dari China berkata perlindungan terhadap ketiga-tiga hab amat penting dalam usaha mencegah kes pandemik itu daripada berulang secara domestik mahupun di luar negara.
Profesor Madya merangkap Penyelia Lepasan Ijazah, Ketua Pakar Bersekutu ICU, Hospital Rakyat Wilayah Guangdong Dr Wen Miaoyun berkata bagi mencapai objektif itu, Malaysia hendaklah memperluas penggunaan kit ujian pantas antigen.
Beliau berkata Malaysia juga hendaklah menggunakan metodologi teknologi maklumat bagi memantau keadaan kesihatan seperti QRHealth Code yang digunakan secara meluas di China.
"Amat sukar untuk kita meramalkan sama ada gelombang kedua akan berlaku. Buat masa ini, situasi di Malaysia semakin stabil dan turut menunjukkan tanda-tanda penurunan. Kita perlu memastikan bahawa ketiga-tiga barisan hadapan ini dilindungi, dan kita juga perlu mengambil pendekatan holistik dalam melindungi ketiga-tiga barisan hadapan ini.
"Dengan menggabung kesemua aspek, kita sebenarnya dapat mengetahui perkembangan kes masing-masing dan mencegah kemungkinan berlakunya gelombang kedua. Jadi kita perlu memberikan perhatian kepada pencegahan wabak dan semasa kita menarik balik langkah sekatan seperti PKP," katanya dalam satu temu bual kepada Bernama dan The Star di Kedutaan China pada Sabtu.
Seorang lagi pakar Dr Sun Jiufeng, yang bertugas sebagai penyelidik di Universiti Sun Yat-sen, berkata apabila PKP yang lebih longgar ini dilaksanakan, pihak berkuasa perlu melakukan lebih banyak ujian terhadap mereka yang mempunyai gejala COVID-19, pengunjung kawasan yang teruk dilanda pandemik itu atau kontak rapat pesakit.
Beliau berkata jika pihak berkuasa gagal melakukan ujian dalam kes terbabit, ia boleh menyebabkan kemungkinan berlaku jangkitan pada masa akan datang.
"Penamatan PKP dan pemulihan aktiviti sosioekonomi hendaklah dilakukan selaras dengan tahap risiko. Di China, setiap kawasan telah dikategorikan kepada tiga tahap risiko iaitu tinggi, sederhana dan rendah.
"Oleh itu, PKP dan langkah-langkah sekatannya hendaklah disesuaikan dengan perkembangan situasi pandemik di Malaysia," katanya.
Dr Sun berkata adalah penting untuk melakukan banyak ujian, termasuk ujian antibodi dan ujian genom, dalam usaha mengawal situasi seperti di Guangdong baru-baru ini.
"Kami juga menindaklanjuti dan menemu bual pesakit sama ada gejala mereka meningkat atau sama ada mereka telah menjangkiti mana-mana orang selepas didiscaj.
"Berdasarkan pemerhatian kami di makmal dan kajian berkaitan gejala klinikal serta epidemiologi, meskipun kesemua pesakit terbabit sekali lagi telah diuji positif, kebolehjangkitan mereka sebenarnya rendah. Sebabnya ialah tubuh manusia memerlukan masa untuk menyingkirkan virus COVID-19," katanya.
Sementara itu, Ketua Pakar merangkap Profesor dan Penyelia Lepasan Ijazah Perubatan Kecemasan Bersepadu Cina dan Barat Dr Li Jun berkata secara keseluruhan, Malaysia mempunyai keupayaan yang utuh bagi mengawal wabak tersebut berdasarkan kunjungan serta perbincangan dengan pakar tempatan baru-baru ini.
Beliau berkata sikap dedikasi dan profesionalisme yang ditunjukkan petugas barisan hadapan dan pekerja kesihatan di Malaysia adalah mengagumkan.
"Daripada stok peralatan perlindungan diri (PPE) dan bahan lain di beberapa hospital yang dikhususkan untuk merawat pesakit dijangkiti virus itu, kami yakin dan percaya bahawa ia adalah mencukupi bagi menangani situasi semasa COVID-19," kata Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional China Wilayah Guangdong itu.
Pasukan yang terdiri daripada lapan profesional perubatan dari China itu tiba di Kuala Lumpur dua minggu lepas iaitu pada 18 April dan bertemu pakar tempatan, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, baru-baru ini.
Semalam, Dr Noor Hisham dilaporkan sebagai berkata kesemua pakar perubatan dari China telah memuji tindakan pantas dan berkesan Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19, termasuk melalui pelaksanaan PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
Beberapa pakar perubatan dari China berkata perlindungan terhadap ketiga-tiga hab amat penting dalam usaha mencegah kes pandemik itu daripada berulang secara domestik mahupun di luar negara. - Bernama
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
China mahu bina kilang, mahu produk ada logo halal JAKIM - Ahmad Zahid
Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal JAKIM sebelum produk terbabit dieksport.
Agong lawat China, lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia-China
Lawatan Seri Paduka Baginda tersebut merupakan lembaran baharu dalam memperkukuh persahabatan erat antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu.
Perdagangan bilateral China-Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion
Perdagangan bilateral antara China dan Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.
Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan keluaran tempatan - Ahmad Zahid
Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China.
Industri halal: Pahang, Perak bakal terima pelaburan China, pacu ekonomi negeri
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri Pahang tawar pelbagai insentif dan lokasi strategik untuk pembangunan industri halal.
[KOLUMNIS] Tuntutan China terhadap projek minyak dan gas Malaysia: Implikasi kedaulatan dan keselamatan Malaysia
Tindakan China tidak mengejutkan memandangkan sejarahnya yang sering menggunakan pendekatan agresif dalam menambah tuntutan wilayahnya di Laut China Selatan.
ACT 2024: Speedy Tigers tewas 2-4 kepada China
Gawang Malaysia bolos seawal minit kesembilan menerusi jaringan sudut penalti Gao Jiesheng sebelum Muhammad Azrai Aizad menyamakan kedudukan.
Kerajaan komited pertahan hak kedaulatan kawasan maritim Malaysia - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri berkata pendirian ini selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.