KUALA TERENGGANU: Selepas 10 hari siap dibaiki, paip bersaiz 1,200 milimeter (mm) di dasar Sungai Terengganu dilaporkan pecah lagi pada Isnin.
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) dalam satu kenyataan berkata, masalah dikesan berlaku di paip yang sama tetapi lokasi berlainan daripada kejadian terdahulu.
Menurut kenyataan itu, paip tersebut membekalkan air ke tangki utama Berangan dari loji Kepong untuk kegunaan penduduk di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
"Berikutan itu, seramai 28,700 pengguna di dua daerah tersebut akan mengalami gangguan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.
Satu berkata, sebanyak 25 kawasan di Kuala Nerus terjejas iaitu keseluruhan Gong Badak, kawasan perindustrian Gong Badak, Alor Jambu, Tok Jembal, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Turut terlibat adalah Tepoh, Padang Hangus, Pagar Ubi, Bukit Sudu, Bukit Jong, Sungai Ikan, Gemuruh, Ladang Sentosa, Padang Nenas, Lingai, Bukit Wan, Maras, Bukit Berangan, Batu Rakit, Alur Damak, Pagar Besi, Mengabang Telipot, Mengabang Telong dan Wakaf Tengah.
Bagi daerah ini pula, gangguan membabitkan 11 kawasan iaitu Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, Kampung Banggol Tuan Muda, Petai Bubus, Paya Datu, Jeram, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Kampung Tualang, Kampung Kebor Air dan Kampung Telok Menara.
"Sehubungan itu, Satu telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki bermula jam 12 tengah hari Isnin ke kawasan yang terjejas.
"Sebanyak tujuh buah lori tangki telah digerakkan dan jumlahnya akan ditambah dari masa ke masa, manakala kedudukan tangki statik serta pengisian air adalah mengikut penjadualan sebelum ini," katanya.
Sebelum ini, seramai 28,700 pengguna di sekitar daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos lalu ekoran paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 24 2021
![Paip dasar Sungai Terengganu pecah lagi Paip dasar Sungai Terengganu pecah lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603074973_air.jpg)
Seramai 28,700 pengguna di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan alami gangguan bekalan air susulan paip di dasar Sungai Terengganu dilaporkan pecah lagi pada Isnin. -Gambar fail
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![55,000 pengguna alami gangguan air di Kuantan esok, ini senarai kawasan terlibat 55,000 pengguna alami gangguan air di Kuantan esok, ini senarai kawasan terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719216662_watertap.jpg)
55,000 pengguna alami gangguan air di Kuantan esok, ini senarai kawasan terlibat
Kira-kira 55,000 pengguna air di daerah ini bakal terjejas susulan kerja-kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Panching pada Selasa.
![Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi esok Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696495589_AirPaip.jpg)
Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi esok
Kerja-kerja penyelengaraan dijangka siap jam 7 malam ini, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat mulai jam 3 pagi esok.
![Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717501766_AkmalNasrullah.jpg)
Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan
Langkah-langkah mitigasi yang diambil mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air secara jangka pendek dan panjang.
![Penduduk kawasan terjejas mula simpan air hadapi gangguan bermula esok Penduduk kawasan terjejas mula simpan air hadapi gangguan bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651364477_paipair.jpg)
Penduduk kawasan terjejas mula simpan air hadapi gangguan bermula esok
Penduduk di kawasan sekitar Lembah Klang yang dijangka menghadapi gangguan bekalan air bermula esok hingga Khamis ini mula menyimpan air.
![Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717402090_tbbekalanair.jpg)
Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air
Peniaga di Pasar Moden Seksyen 16 Shah Alam mula menyimpan air bagi memastikan mempunyai bekalan mencukupi sepanjang tempoh gangguan air berlaku.
![Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712852644_watertap.jpg)
Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun
Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.
![69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707316878_Pathmanathan.jpg)
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
![Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715243633_tbPemangkuSultanJo.jpg)
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
![Gangguan bekalan elektrik punca air tiada di Paloh, Gua Musang - AKSB Gangguan bekalan elektrik punca air tiada di Paloh, Gua Musang - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713278852_AirKelantan.jpg)
Gangguan bekalan elektrik punca air tiada di Paloh, Gua Musang - AKSB
Gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna.
![Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704533023_PiliAir.jpg)
Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.