PEKAN:Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil langkah untuk mewartakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini di sini, sebagai sebuah taman negeri yang baharu dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan menghentikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini bagi membolehkan aspek pemulihan berlangsung.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, menurut Mohd Sharkar juga bersetuju Tasik Chini yang terkenal dengan legenda naga dan keindahan bunga teratai sebelum ini diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal supaya ia terpelihara.
"Langkah untuk mewartakan kawasan ini perlu dilakukan supaya alam sekitar ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang, dalam keadaan yang baik dan semula jadi tanpa dicemari aspek pembalakan atau perlombongan.
"Usaha ini yang bermula sekarang, membolehkan Tasik Chini kembali pulih dalam tempoh masa antara 10 ke 20 tahun akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020 peringkat negeri di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang Mohd Sani Mat Daud dan Pengarah Penyiaran negeri Ariffin Awang.
Ditanya antara usaha yang akan dilakukan dalam usaha pemulihan itu, Mohd Sharkar berkata zon penampan antara hutan dan sungai di kawasan tersebut akan ditambah tiga kali ganda dari jarak antara 10 ke 20 meter yang ditetapkan pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020

Sekumpulan pengamal media tempatan merakam keindahan Tasik Chini semasa melakukan tinjauan menaiki bot selepas perasmian Program Pematauan dan Profil Tasik Chini yang disempurnakan Mohd Sharkar di Tasik Chini, Pekan, 7 Nov, 2020. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan
Beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti.

Pahang komited laksana pemulihan Tasik Chini secara berterusan
Kerajaan Pahang komited dalam melaksanakan usaha pemulihan Tasik Chini di Pekan dekat sini, secara berterusan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera UNESCO
Nik Nazmi berkata, ia diputuskan mesyuarat ICC MAB35 2023 di Paris, Perancis pada Selasa.

Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut - Takiyuddin
Kerajaan yakin status Tasik Chini, di Pahang sebagai sebahagian Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) tidak akan terlucut, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan
Pada ketika ini tiada operasi perlombongan di dalam kawasan Man and Biosphere (MAB) Tasik Chini.

Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan berkaitan pemuliharaan Tasik Chini bakal diajukan Fuziah Salleh kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO
Kerajaan Pahang bersedia melakukan penambaikan di Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status rizab biosfera.

Status Tasik Chini masih boleh dipertahankan
Kawasan Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar dapat dipertahan jika semua penanaman semula dan pemulihan berjalan seperti dirancang.

Tapak rizab biosfera: Pahang laksana pelbagai inisiatif, pastikan status Tasik Chini tidak ditarik balik
Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang bagi mengukuhkan tadbir urus Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

KeTSA tidak akan keluar sebarang kelulusan perlombongan di Tasik Chini
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan sensitif dan dipelihara.