KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan sensitif dan dipelihara termasuk di Tasik Chini, Pahang.
Menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia termasuk kawasan pemeliharaan Hutan Simpan Kekal (HSK), kawasan rizab perlindungan dan kawasan yang diwartakan seperti tadahan air atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di kawasan terbabit.
"Bagi maksud ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak akan mengeluarkan sebarang Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi permohonan dalam kawasan-kawasan berkenaan.
"Manakala kelulusan untuk kawasan selain daripada itu adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan teknikal yang dapat menyediakan suatu tempat kerja yang selamat dan tidak membahayakan komuniti bersebelahan merangkumi flora dan fauna," jelasnya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berkata keluasan Hutan Simpanan Kekal Chini, Pekan akan diperluas daripada 4,600 hektar kepada 6,000 hingga 7,000 hektar.
Tegas Shamsul Anuar lagi, kementeriannya sentiasa menekankan kepentingan memelihara kelestarian kawasan tapak rizab biosfera Tasik Chini bagi menyokong usaha-usaha mempertahankan pengiktirafan dalam program Man and the Biosphere (MAB), UNESCO bermula pada tahun 2009 itu.
Untuk itu, KeTSA tegasnya akan terus memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri Pahang.
"Diharapkan dengan adanya inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pahang, pengiktirafan Tasik Chini sebagai tapak rizab biosfera MAB dapat terus dipertahankan.
"Pihak Sekretariat UNESCO Paris telah memberikan tempoh sehingga tahun 2022 untuk penilaian semula status tapak rizab biosfera Tasik Chini.
"Sebagai tapak rizab biosfera yang pertama di Malaysia, pengurusan Tasik Chini menjadi kayu pengukur kepada pengurusan semua khazanah alam semula jadi negara," katanya lagi.
Sebelum ini, program MAB UNESCO bermula pada 26 Mei 2009 mengiktiraf Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar.
Inisiatif ini melibatkan program saintifik antara kerajaan (inter-governmental) bagi memperbaiki hubungan antara manusia dan alam sekitar dengan memberi penekanan kepada keperluan pembangunan dan penjagaan alam sekitar.
Antara komitmen Kerajaan Negeri Pahang ialah memperluaskan Hutan Simpan Chini kepada 6,000 hingga 7,000 hektar, mempergiatkan pemuliharaan kawasan Tasik Chini, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu, menghentikan aktiviti melombong di kawasan Tasik Chini serta mempertahankan status tapak biosfera UNESCO dilaksanakan.
Fareez Azman
Sun Jun 20 2021

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di Tasik Chini. - Gambar fail/Pahang.gov.my

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya kepada Malaysia.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.

2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.

Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi
Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.

Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.

Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.