KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyarankan kerajaan melantik Ketua Audit Negara secepat mungkin, dengan mengelak daripada membuat lantikan dalam kalangan bekas Ketua Setiausaha Kementerian (KSU).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kekosongan jawatan penting negara itu sejak empat bulan lepas, menyebabkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 dan LKAN Penyata Agensi Persekutuan Tahun 2021, tidak dapat dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Hanya Ketua Audit Negara yang boleh mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong, yang memperkenankan laporan berkenaan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat selari dengan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, hari ini.
Mas Ermieyati berkata kerajaan perlu menghentikan amalan melantik Ketua Audit Negara daripada dalam kalangan mantan KSU, sebaliknya melantik individu yang mempunyai latar belakang profesional dalam perakaunan dan pengauditan.
Beliau berkata langkah itu dapat memberi nilai tambah kepada Jabatan Audit Negara, dalam melaksanakan pengauditan secara profesional.
"Lantikan bekas KSU sebagai Ketua Audit Negara perlu dielakkan, walaupun justifikasi pelantikan KSU disebabkan mereka tahu mengenai selok-belok pentadbiran awam," katanya.
Sementara itu, beliau menyeru kerajaan untuk meneliti semula peruntukan kewangan kepada Jabatan Audit Negara, yang tidak mencukupi.
"Perkara ini merencatkan kerja-kerja yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara, ditambah pula dengan langkah Parlimen untuk membahaskan usul LKAN. Justeru, saya berharap kerajaan akan meneliti perkara ini agar proses pengauditan dapat ditambah baik," katanya.
Jawatan Ketua Audit Negara tidak diisi sejak Datuk Seri Nik Azman Abdul Majid menamatkan perkhidmatan, pada Februari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Mas Ermieyati (tiga, kiri) ketika mengadakan sidang media yang pertama PAC di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).
Isu HRD Corp: KESUMA diminta bentang penemuan juruaudit bebas pada PAC
PAC mahu KESUMA membentangkan penemuan dan dapatan hasil audit bebas terhadap HRD Corp pada September ini.
HRD Corp: Siasatan SPRM menjurus kepada elemen jenayah
Fokus utama siasatan SPRM adalah menjurus kepada elemen-elemen jenayah yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.
SPRM mula siasatan, 'kunjungi' pejabat HRD Corp, Kesuma untuk teliti dokumen
SPRM mengesahkan sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna dana membabitkan syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).
Zahid nyatakan komitmen selesaikan masalah hutang Felcra, teliti syor PAC
Langkah proaktif akan diambil bagi menangani masalah yang dialami Felcra Berhad dan anak syarikatnya susulan beban hutang tinggi yang ditanggung.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Kerajaan teliti pertindihan dalam dua sistem pengurusan pekerja asing - Saifuddin
Kerajaan akan melaksanakan penelitian lanjut berhubung dua sistem pengurusan pekerja asing yang didakwa mengalami pertindihan fungsi.