KOTA TINGGI: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi prosiding Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang akan datang.
Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata beliau masih belum menerima sebarang makluman dari PAC untuk menghadiri prosiding berkenaan dan hanya mengetahuinya melalui media.
"Kalau saya ada terima undangan, Insya-Allah saya akan hadir," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Kampung Bukit Sedili Besar, dekat sini hari ini.
Beliau berkata operasi LTAT ketika ini berjalan dengan lancar dan berada di landasan yang betul untuk mencatat prestasi yang baik.
"Tempoh hari Pharmaniaga telah umumkan keuntungannya, Insya-Allah lain-lain syarikat di bawah LTAT saya percaya berada pada landasan betul, tak perlu untuk dijual, tetapi melalui usaha mereka sendiri, mereka mampu untuk memastikan syarikat dalam keadaan yang baik dan boleh buat keuntungan.
"Dengan demikian, LTAT terjamin untuk mengumumkan dividen bagi anggota tentera yang menjadikan LTAT tempat simpanan duit mereka sebagai tabung simpanan pencen mereka," katanya.
Semalam, pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilaporkan berkata akan memanggil Mohamed Khaled dan tiga bekas ahli pengurusan tertinggi LTAT sebagai saksi pada prosiding LTAT yang seterusnya pada Ogos depan.
Mereka yang lain adalah bekas Pengerusi LTAT Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, bekas Ketua Pegawai Eksekutif LTAT Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman dan bekas Pengarah Kanan Strategi LTAT Dayana Rogayah Omar.
Prosiding LTAT dijadualkan bersambung pada 7 Ogos depan setelah PAC mengadakan prosiding pertama pada 20 Jun lepas.
Prosiding itu bagi mendapatkan penjelasan susulan pendedahan rizab kewangan agensi itu yang negatif seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mac lepas.
LKAN mendedahkan LTAT tidak membuat penjelasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiarinya berjumlah RM812 juta membabitkan Boustead Holdings Bhd (RM768 juta) dan Pharmaniaga Bhd (RM44 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Mohamed Khaled berkata beliau masih belum menerima sebarang makluman dari PAC untuk menghadiri prosiding berkenaan dan hanya mengetahuinya melalui media. - Foto Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.

Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.

Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.