Keputusan untuk memanggil bekas menteri besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Datuk Aminuddin Hashim, bagi menghadiri sesi pendengaran awam berhubung siasatan terhadap perbadanan itu 26 Nov ini, tetap akan diteruskan.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak, Leong Cheok Keng berkata, keputusan itu sebenarnya telah dipersetujui oleh kesemua anggota PAC yang hadir pada mesyuarat jawatankuasa itu yang dijalankan pada 15 Nov lepas.
"Tiada sebab untuk tidak mengadakan pendengaran awam kerana ia telah disampaikan kepada semua anggota yang hadir (mesyuarat PAC 15 Nov) kecuali Yang Berhormat (YB) Khusairi (ADUN Slim) yang tidak hadir.
"Kami semua telah bersetuju pada mesyuarat itu sebagai seluruh anggota PAC untuk memanggil YB Zambry sebagai saksi utama pada pendengaran awam yang akan diadakan pada 26 Nov depan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sesi pendengaran awam itu akan diadakan di bilik gerakan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, bermula pukul 10 pagi.
Semalam, anggota PAC Perak, Datuk Aznel Ibrahim dalam satu sidang media berkata, keputusan memanggil Zambry dan Aminuddin adalah satu tindakan terburu-buru dan berpendapat perkara itu mesti dibincangkan terlebih dahulu kerana sesi berkenaan hanya boleh dilakukan jika jawatankuasa berkenaan mempunyai asas yang kukuh.
PAC negeri dianggotai Leong sendiri sebagai pengerusi, timbalan pengerusi Chong Zhemin yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji dari DAP; ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim (BN); ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN); ADUN Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor (Amanah); ADUN Teja, Ng Shy Ching (PKR) dan ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria (PAS).
Selain itu, Leong menegaskan bahawa jawatankuasa berkenaan telah bertindak secara profesional serta terbuka dan bukan seperti yang diperkatakan oleh Aznel bahawa keputusan itu dibuat secara bersendirian tanpa pengetahuan semua anggota PAC.
"Pada mesyuarat itu (15 Nov), tiada siapa (anggota PAC) yang membantah, jadi saya menafikan apa yang dikatakan bahawa saya telah bertindak secara sendiri sebagai pengerusi tanpa persetujuan yang lain. Saya tidak akan dipengaruhi oleh pertimbangan politik dan saya juga harap anggota PAC yang lain juga tidak dipengaruhi selain bertindak lebih profesional dan bebas.
"Tindakan yang saya lakukan adalah sebagai pengerusi PAC dan bukan sebagai anggota DAP, saya ingin menegaskan bahawa saya telah bertindak sebagai pengerusi PAC yang telah dipilih oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Perak," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan Sekretariat Kerajaan Negeri untuk menyediakan dan menghantar notis kepada Zambry dan Aminuddin sejurus selepas mesyuarat PAC pada 15 Nov lepas.
"Saya berharap YB Zambry and Aminuddin akan bekerjasama dengan datang sebagai saksi... mereka dipanggil sebagai saksi sahaja bukan tertuduh ataupun suspek, oleh itu tiada persoalan yang mengatakan kononnya 'ini merupakan pendengaran awam yang bermotivasikan politik,' katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 20 2018

Leong berkata, semua anggota PAC Perak telah bersetuju untuk memanggil Zambry (gambar) sebagai saksi utama pada pendengaran awam yang akan diadakan pada 26 Nov depan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PAC Perak tetapi panggil Zambry hadir pendengaran awam MB Inc
Keputusan untuk memanggil Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan bekas CEO MB Inc Perak, Datuk Aminuddin Hashim, tetap akan diteruskan.