GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang diminta supaya menyediakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi secara bergerak bagi menangani kes cubaan bunuh diri yang semakin membimbangkan di negeri itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Afif Bahardin (Bersatu-Seberang Jaya) berkata perkhidmatan tersebut diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan emosi.
"Ini bagi membendung lebih banyak lagi kes cubaan bunuh diri di negeri itu kesan daripada pandemik COVID-19," katanya ketika mencelah ADUN A Kumaresan (PKR-Batu Uban) yang membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-14 di sini, hari ini.
Dr Afif berkata perkhidmatan seumpama itu telah dilaksanakan di Bandung, Indonesia dengan pihak berkuasa di sana menyediakan sebuah van di satu-satu kawasan bagi menempatkan seorang pakar psikiatri.
Katanya perkhidmatan kaunseling atau psikologi secara bergerak menggunakan van ini boleh digunakan oleh sesiapa yang memerlukan bantuan serta sokongan emosi secara fizikal sekali gus membendung kes cubaan bunuh diri.
Sementara itu, ADUN A. Kumaresan (PH-BATU UBAN) berkata trend cubaan bunuh diri di Pulau Pinang amat membimbangkan dengan 64 kes direkodkan sepanjang 2020 hingga kini.
"Kerajaan negeri perlu merangka semula pelan strategik serta formula baharu untuk menangani masalah ini, dan saya mengesyorkan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang serta Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang menjadi ahli jawatankuasa kepada pelan strategik ini.
"Selain itu, dari segi undang-undang pihak berkuasa sepatutnya tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sedang mengalami kemurungan ini, sebaliknya membantu proses pemulihan," katanya.
Sebelum ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan pakar serta agensi berkaitan untuk mencari mekanisme membantu mereka yang mengalami masalah dalam kehidupan bagi usaha mengurangkan kes bunuh diri.
Menurut Chow usaha itu telah digerakkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan, Phee Boon Poh bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta profesional dalam bidang perubatan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Perkhidmatan kaunseling bergerak itu diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan emosi. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Berhadapan individu narsistik? Apa perlu saya buat
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi
Kehidupan itu dijalani oleh guru tadika Dalilah Diyana Sazali yang mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.
KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.
Program Antigangguan Seksual tingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang perlu ditangani dengan serius.
23 guru tertekan akan dipanggil untuk kaunseling
Seramai 23 guru yang dikenal pasti mengalami tekanan akan dipanggil untuk melalui proses tertentu termasuk kaunseling, bagi meningkatkan motivasi mereka dan pulih daripada gangguan emosi yang dialami.
Kaunseling pulihkan semangat jemaah, tidak serasi rakan sebilik antara aduan diterima
Apabila mendapat aduan, pihaknya akan memanggil pengadu untuk berbicara secara tertutup dan memberi nasihat sebaiknya.
P. Pinang perlu sedia khidmat kaunseling bergerak tangani isu cubaan bunuh diri
Perkhidmatan tersebut diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan emosi.
Isu tikam bayi: KPWKM beri intervensi bersesuaian
Ibu kanak-kanak tersebut juga telah diberi kaunseling dan intervensi awal bagi memastikan kestabilan emosi keluarga.