MELAKA: Seramai 23 guru yang dikenal pasti mengalami tekanan akan dipanggil untuk melalui proses tertentu termasuk kaunseling, bagi meningkatkan motivasi mereka dan pulih daripada gangguan emosi yang dialami.
Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata kesemua mereka itu dikenal pasti menghadapi tekanan menggunakan Saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS), untuk mengukur tahap stres dan kemurungan dalam kalangan guru di Melaka.
"Sebilangan mereka berada dalam tekanan bukannya disebabkan bebanan tugas, tetapi disebabkan faktor di luar tempat kerja seperti menghadapi masalah di rumah, kewangan dan keluarga.
"Kita telah mengenal pasti semua guru yang terlibat, seperti yang diminta Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk bantu mereka ini keluar daripada permasalahan yang dihadapi," katanya kepada media di Krubong di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri (MSSN) Melaka, di Dewan Komuniti Sukan Krubong.
Mengulas lanjut Rais berkata pihaknya tidak akan mendedahkan kepada masyarakat apakah masalah yang dihadapi mereka, namun pihaknya akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membantu kesemua guru itu.
"Insya-Allah, saya sendiri akan memantau apakah statusnya dan saya amat berharap tekanan yang dihadapi para guru-guru ini, dapat dikurangkan segera," katanya.
Kesemua 23 guru (3.54 peratus) yang dikesan berada tahap tertekan (stres) itu, merupakan dalam kalangan seramai 648 orang daripada 13,976 guru di Melaka, yang dikenal pasti menghadapi tekanan melalui saringan DASS, manakala 28 orang (4.32 peratus) berada pada tahap kemurungan .
Pada 27 Julai lepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengarahkan JPN Melaka menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di negeri itu, yang menghadapi tekanan dan kemurungan ketika berkhidmat.
Beliau yang memandang serius laporan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu laporan lengkap berhubung perkara itu dibentangkan kepadanya, sebelum dibawa kepada Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Rais berkata kesemua mereka itu dikenal pasti menghadapi tekanan menggunakan Saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS), untuk mengukur tahap stres dan kemurungan dalam kalangan guru di Melaka. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

23 guru tertekan akan dipanggil untuk kaunseling
Seramai 23 guru yang dikenal pasti mengalami tekanan akan dipanggil untuk melalui proses tertentu termasuk kaunseling, bagi meningkatkan motivasi mereka dan pulih daripada gangguan emosi yang dialami.

Ramai guru alami tekanan, bersara awal, Melaka arah siasatan terperinci
Ketua Menteri mengarahkan pihak berkaitan khususnya Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjalankan siasatan terutamanya melibatkan 28 guru yang disahkan mengalami kemurungan.