ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat yang maut disyaki ditikam suaminya di Arau, Perlis Sabtu lepas termasuk dua anaknya berusia lapan dan 10 tahun.
Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.
"Petang ini kita akan menziarahi keluarga ini dan anak-anak mangsa terlibat untuk melihat apa yang boleh JKM bantu tawarkan termasuklah bantuan kaunselor, bantuan kaunselor adalah penting untuk diberikan kepada mereka selain wang ringgit untuk kehidupan mereka akan datang.
"Sudah tentu dia akan melalui proses seperti mana kanak-kanak lain selepas melihat kepada kesan psikologi yang mungkin mereka lalui, bukan sahaja anak-anak ini tetapi juga keluarga kepada jururawat (mangsa) terlibat," katanya kepada pemberita pada Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual peringkat negeri Kedah di sini semalam.
Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata pihaknya juga akan mengenal pasti anggota keluarga yang sesuai untuk menjaga dua beradik itu.
"Dia mesti balik kepada orang yang layak dan sesuai dan itu akan dikenal pasti bersama JKM dan juga ahli keluarga yang mana paling layak dan sesuai menjaga anak-anak tersebut, di peringkat kerajaan kita akan menawarkan bantuan kanak-kanak untuk mereka sepanjang berusia 18 tahun ke bawah," katanya.
Sabtu lepas, media melaporkan jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar yang berusia 31 tahun itu maut dipercayai ditikam suaminya ketika hendak keluar bekerja pada pukul 6 pagi.
Suspek berusia 38 tahun yang juga bekas tentera itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Aiman Athirah berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti anggota keluarga yang sesuai untuk menjaga dua beradik anak kepada mangsa yang ditikam lelaki dipercayai suaminya itu. - Gambar fail BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Penantian hampir 10 tahun pemilik PPR Ampar Tenang berakhir - Aiman Athirah
Proses penyerahan kunci kepada pemilik akan selesai tahun ini bagi membolehkan mereka memasuki kediaman masing-masing.

RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.

Banjir: PBT diminta bantu NADMA kumpul maklumat kerugian premis, kediaman
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata setakat ini KPKT belum memperoleh statistik kerugian dan masih mengumpul maklumat berkaitan.

Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.

PRR bukti komitmen kerajaan sedia perumahan berkualiti untuk B40
PRR ditambah baik dengan elemen dan skop tambahan yang memberikan nilai wang terbaik, meningkatkan nilai tambah dan kualiti unit rumah.

23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal
Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.

Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bahagian undang-undang kementerian akan meneliti secara menyeluruh supaya tindakan diambil itu lengkap.

KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.