KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
Timbalan Menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata daripada 88 projek perumahan itu sebanyak 81 projek telah mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) manakala lima projek berstatus sakit kembali menjadi lancar dan dua projek terbengkalai telah berjaya dipulihkan.
"Dua projek perumahan swasta terbengkalai yang berjaya diselesaikan itu ialah Taman Daya, Kepong, Selangor yang telah memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) dan Perpaduan Heights Fasa 1 dan 2, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dilaksanakan melalui kaedah penyelesaian pembeli oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata berdasarkan data setakat 29 Feb lepas, pihaknya telah mengenal pasti 230 projek mengalami kelewatan, 462 projek sakit dan 115 projek terbengkalai dengan nilai GDV sebanyak RM201.75 bilion.
"Nilai ini menunjukkan terdapat pengurangan kepada bilangan projek lewat, sakit dan terbengkalai berbanding statistik hingga 31 Jan lepas," katanya.
Selain itu, Aiman Athirah berkata pihaknya masih mengekalkan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) sebagai satu daripada agenda utama KPKT dengan fokus yang lebih bersasar dan strategik.
"Kita (KPKT) telah menambah baik kepada terma rujukan (TOR) TFST sedia ada iaitu Track (mengesan), Resolve (menyelesai), Preventive (mencegah) dan Forward Modelling (pemodelan ke hadapan). Gerak kerja TFST pada 2024 turut meliputi langkah mencari penyelesaian dan penambahbaikan dalam kecekapan tadbir urus melalui teknologi dan pindaan kepada perundangan sedia ada," katanya.
Beliau berkata TFST juga akan berusaha dan bergiat aktif bagi memastikan unjuran projek perumahan swasta sakit akan berakhir pada hujung tahun ini dengan mencapai sasarannya iaitu 505 projek.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Aiman Athirah berkata daripada 88 projek perumahan itu sebanyak 81 projek telah mendapat CCC manakala lima projek berstatus sakit kembali menjadi lancar dan dua projek terbengkalai telah berjaya dipulihkan. - Gambar fail/Bernama
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.
Penantian hampir 10 tahun pemilik PPR Ampar Tenang berakhir - Aiman Athirah
Proses penyerahan kunci kepada pemilik akan selesai tahun ini bagi membolehkan mereka memasuki kediaman masing-masing.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
Parkir bertingkat akan dibina berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis
Pembinaan parkir tujuh tingkat itu mendapat kelulusan KPKT dengan pembinaannya akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada 2026.