KUALA LUMPUR: Bukan mudah menguruskan seorang anak istimewa, justeru, bayangkan pula jika perlu menjaga tiga orang, dan pada masa sama, harus bekerja sepenuh masa untuk menampung keperluan hidup.
Kehidupan itu dijalani oleh guru tadika Dalilah Diyana Sazali, 36 yang mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.
Tambah mencabar, suaminya seorang anggota polis yang bertugas mengikut syif, bererti sebahagian besar tugas menjaga anak terpikul di bahunya.
"Kalau jaga seorang pun kita dah lelah, bayangkan pula tiga orang. Saya seorang ibu yang bekerja dan suami pula hanya balik ke rumah setiap dua hari. Jadi, semasa suami tiada di rumah, saya terpaksa urus anak seorang diri, memang sangat mencabar," kongsinya kepada Bernama.
Ujar anak jati Perlis itu, dia bangun seawal empat pagi untuk menyediakan keperluan anak sebelum pergi bekerja, dan mengakui, ada masa emosinya "terganggu".
Ketika ditanya pengalaman getir sepanjang menjaga anak istimewanya itu, Dalilah Diyana berkata pernah berlaku seorang daripada anaknya itu menelan lapan biji ubat yang diambil dari dalam almari ketika dia sedang bersolat.
"Ubat itu ada di dalam almari yang tinggi dan sukar digapai oleh kanak-kanak normal, tetapi mereka boleh (lakukan). Kita memang takkan dapat duga apa yang mereka boleh buat, dan kerana itu saya memang tidak boleh tinggalkan mereka tanpa pengawasan walaupun lima minit.
"Situasi ini membuatkan saya tertekan, bimbang juga sekiranya saya melakukan sesuatu tanpa sedar ketika marah," katanya, menambah sesi kaunseling dan psikoterapi yang dihadiri secara berkala banyak membantunya mengawal tekanan.
Kini, selepas 11 tahun menguruskan anak autistik, wanita cekal ini semakin reda dan menerima takdir dengan hati terbuka, walaupun di peringkat awal pernah mengurung diri dan enggan membawa anaknya keluar di khalayak kerana mahu "menyembunyikan" hakikat daripada orang ramai.
Menurutnya, selepas anak sulung disahkan mengalami autisme, dia dan suami mengambil pelbagai langkah bagi "mengelakkan" nasib sama menimpa anak kedua dan ketiga, namun, kehendak takdir tidak dapat disanggah.
"Saya ambil keputusan untuk merancang keluarga kerana rasa takut untuk mengandung lagi. Selepas anak kedua lahir. saya ambil pelbagai pendekatan, misalnya tidak dedahkan dia kepada peranti, tetapi tetap juga sama (disahkan autisme), jadi saya reda," kongsinya lagi.
Menurutnya, sebelum ini dia juga kerap menyalahkan diri kerana terpaksa menyusahkan orang sekeliling termasuk rakan sekerja walaupun mereka amat memahami, selain menerima sokongan penuh kedua-dua ibu bapa dan mentua.
Pengalaman serupa turut dialami oleh Mardhiah Maulad Mohd Akmar Salleh, 34, yang dikurniakan tiga anak istimewa, didiagnosis dengan gabungan Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Kelasakan (ADHD), disleksia dan autisme.
Menurut wanita itu, anak sulungnya, Adam D'raphael, 13, didiagnosis dengan ADHD dan disleksia; Mecca Sophia, 9, (autisme tahap rendah, ADHD, disleksia) dan Ethan Neil Aizat, 5, ( ADHD dengan ciri-ciri autisme), menuntutnya menjadi lebih peka dan sabar dalam menguruskan mereka.
"Anak ketiga paling mencabar, walaupun dia mempunyai kelebihan menguasai pelbagai bahasa, dia tidak boleh mengawal emosi. Kalau dia tantrum (mengamuk), pujuk macam mana sekalipun takkan dapat tenangkan dia," kata pemandu van sekolah separuh masa itu yang mengakui turut didiagnosis mengalami depresi dengan ciri-ciri psikosis.
"Disebabkan terlalu tertekan, saya mula nampak (bayangan) diri sendiri tikam anak. Bimbang berlaku perkara tidak diingini, saya berjumpa doktor," kongsinya sambil menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tidak malu jumpa kaunselor secara berkala.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Dalilah Diyana mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.

Peningkatan ancaman dalam kalangan wanita muda dan implikasi kanser payudara awal usia
Kanser payudara merupakan kanser kedua paling kerap didiagnosis dalam kalangan wanita melibatkan lebih 2.2 juta pada 2022 dan kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia.

Keluarga Cikgu Istiqomah diberi khidmat psikososial berterusan - Fadhlina
Keluarga terutama anak-anak Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi yang masih bersekolah akan diberi khidmat psikososial termasuk kaunseling secara berterusan.

Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi
Kehidupan itu dijalani oleh guru tadika Dalilah Diyana Sazali yang mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.

JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.

Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.

Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Program Antigangguan Seksual tingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang perlu ditangani dengan serius.

23 guru tertekan akan dipanggil untuk kaunseling
Seramai 23 guru yang dikenal pasti mengalami tekanan akan dipanggil untuk melalui proses tertentu termasuk kaunseling, bagi meningkatkan motivasi mereka dan pulih daripada gangguan emosi yang dialami.