PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) yang menggariskan pelbagai teras strategik bagi memacu pembentukan "Budaya Kerja Selamat dan Sihat" dan meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.
Beliau berkata pelan induk jangka sederhana selama lima tahun itu akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan mengurangkan kadar kemalangan, kematian dan jangkitan penyakit, yang sekali gus membantu usaha kerajaan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat.
"Pelan ini dirangka setelah mengambil kira senario pekerjaan kini yang telah berubah. Hari ini, ruang rumah setiap ahli Keluarga Malaysia sudah menjadi ruang pekerjaan. Begitu juga di kafe, gerai dan restoran.
"Mengamalkan budaya kerja selamat ini amat mustahak untuk dipatuhi oleh kita semua," katanya dalam ucapan sempena pelancaran OSHMP25 yang berlangsung secara maya hari ini.
Ismail Sabri berkata pelan induk itu menggariskan tujuh strategi utama iaitu melibatkan pemerkasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di sektor awam; pengukuhan amalan peraturan kendiri di tempat kerja; penggalakan pendidikan dan penyelidikan KKP serta pemerkasaan kesihatan pekerjaan.
Strategi turut meliputi peningkatan pematuhan KKP di sektor perusahaan kecil dan sederhana; pemantapan KKP melalui teknologi; serta peningkatan KKP berkaitan jalan raya, sektor informal dan pekerjaan masa depan, katanya.
Beliau berkata komitmen semua pihak termasuk kerajaan, majikan dan pekerja adalah sangat diharapkan bagi memastikan misi memartabatkan KKP di negara ini terlaksana dengan jayanya selaras dengan tema "OSHMP25: KKP Inklusif-Kebersamaan dan Komitmen".
"Kesan langsung akibat pengabaian KKP ini, negara boleh mengalami kerugian sebanyak empat peratus daripada perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar setahun. Namun, apa yang lebih diutamakan kerajaan ialah untuk mengelakkan kehilangan nyawa ahli Keluarga Malaysia," katanya.
Ismail Sabri berkata pandemik COVID-19 yang melanda negara bukan sahaja mengancam kesihatan awam, malah memberi kesan terhadap aspek ekonomi dan sosial.
"Melangkah ke hadapan, kita perlu mengharungi persekitaran global yang dijangka semakin kompetitif akibat pandemik ini. Ia menuntut peralihan secara drastik kepada norma baharu pekerjaan, seperti bekerja dari rumah dengan peningkatan aktiviti dalam talian," katanya.
Namun begitu, katanya bekerja dari rumah turut mendedahkan pekerja kepada risiko keselamatan dan kesihatan seperti masalah berkaitan ergonomik antaranya berkaitan dengan postur badan ketika menggunakan komputer atau gajet, dan terdedah kepada masalah psikososial terutamanya tekanan mental dan kelemahan interaksi sosial akibat terlalu lama terkurung di rumah.
Sementara itu Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata OSHMP25 merupakan kesinambungan Pelan Induk KKP 2011-2015 (OSHMP15) dan Pelan Induk KKP 2016-2020 (OSHMP2020).
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) berkata antara pencapaian OSHMP2020 ialah penurunan kadar kemalangan iaitu sebanyak 2.18 bagi setiap 1,000 pekerja.
Kadar kematian pekerjaan pula berkurang sebanyak 45 peratus iaitu 2.09 setiap 100,000 pekerja pada tahun lepas berbanding 3.83 pada tahun sebelumnya, katanya.
Menurutnya, sebanyak 32,674 kes kemalangan pekerjaan telah direkodkan dalam negara pada tahun lepas, dengan 312 daripadanya merupakan kes maut.
"Antara objektif utama OSHMP25 adalah mengurangkan kadar kemalangan dalam negara di tempat kerja. Dengan komitmen yang sepenuhnya serta usaha yang digembleng antara pihak majikan, kerajaan dan pekerja, pelan induk ini akan mencapai objektifnya," kata Awang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
![OSHMP25 pacu pembentukan budaya kerja selamat dan sihat - PM OSHMP25 pacu pembentukan budaya kerja selamat dan sihat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633857517_DatukSeriIsmailSa.jpg)
Pelan induk jangka sederhana selama lima tahun itu akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan mengurangkan kadar kemalangan, kematian dan jangkitan penyakit. - Gambar fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690800163_IsmailSabri.jpg)
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
![Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668767184_TBISMAILSABRI.jpg)
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
![Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668752236_TBISMAILSABRI.jpg)
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
![Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669110155_TBISMAILSABRI.jpg)
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
![Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668420650_IsmailSabriYaakob.jpg)
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
![PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669017618_IsmailSabri.jpg)
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
![MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668748485_Dutchcourt.jpg)
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
![PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668420650_IsmailSabriYaakob.jpg)
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
![Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668659758_TBIsmailSabri.jpg)
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
![PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666866453_MajlisAmanatJelaja.jpg)
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.