PUTRAJAYA: Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14 Jan 2021 merupakan antara instrumen penting untuk mengoptimumkan keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan pandemik COVID-19.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan Ordinan Darurat itu memberi kesan efektif ke arah usaha melandaikan lengkuk COVID-19 di Malaysia, selain lima strategi yang ditetapkan KKM bagi menjayakan matlamat berkenaan.
Menjelaskan perkara berkenaan, beliau berkata menerusi ordinan itu, ia antara lain memberi kuasa untuk melibatkan pihak swasta dalam membantu mengurus sekali gus mengekang pandemik COVID-19 daripada terus menular.
"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan PKP 2.0, general practitioner (doktor) tiada kuasa untuk berbuat demikian tetapi menggunakan Ordinan Darurat, mereka yang berdaftar dengan KKM kini boleh memberikan HSO (Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah), diberikan kuasa untuk menjalankan CAC (pusat penilaian COVID-19), merawat dan memantau pesakit kategori satu dan dua.
Selain itu, menerusi ordinan itu, ia juga membolehkan fasiliti kesihatan swasta digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 dan memastikan penetapan fi maksima ujian pengesanan yang dijalankan makmal dan fasiliti kesihatan swasta yang mana kita tetapkan caj ujian RT PCR adalah RM150, RTK Antigen tidak lebih RM60, RTK antibodi tidak melebihi RM50 di Semenanjung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dr Adham berkata selain membolehkan pengambilalihan aset-aset penting negara, ordinan berkenaan juga membolehkan pengamal perubatan untuk ditempatkan di kawasan selain daripada yang ditetapkan dalam Sijil Amalan Tahunan.
Sementara itu, mengulas mengenai Pelan Pemulihan Negara, beliau berkata fasa pertama (pada Jun) dilaksanakan apabila bilangan kes harian melebihi 4,000 sehari dengan kapasiti perkhidmatan kesihatan untuk respons adalah terhad dan kritikal melebihi 70 peratus.
Untuk beralih ke fasa kedua (Julai-Ogos), beliau berkata jumlah purata tujuh hari kes COVID-19 mestilah berada antara 2,000 hingga 4,000 kes dengan kadar penggunaan katil ICU antara 50 ke 70 peratus, selain liputan vaksin mencapai sekurang-kurangnya 10 peratus.
"Pelan pemulihan boleh diteruskan ke fasa ketiga (September-Oktober) apabila purata tujuh hari kes menurun kepada kurang daripada 2,000 tetapi melebihi 500 kes sehari, kapasiti respons adalah mencukupi dengan kadar penggunaan katil ICU kurang 50 peratus dan vaksinasi mencapai 40 peratus," katanya.
Bagi fasa keempat pula, Dr Adham berkata ia boleh dilaksanakan apabila purata tujuh hari kes adalah kurang daripada 500 berserta penggunaan katil ICU kurang daripada 50 peratus dan liputan vaksinasi mencapai 60 peratus.
Beliau berkata sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa pada 1 Jun lepas, kadar penggunaan katil ICU telah mencecah 108 peratus iaitu peratusan tertinggi, namun selepas dua minggu PKP 3.0, trend penggunaan katil ICU menurun sehingga 94 peratus.
Sementara itu, Dr Adham berkata nilai sasaran atau "threshold" bagi purata tujuh hari kes COVID-19 antara lain ditetapkan berdasarkan kadar positiviti, nilai R-naught, kehadiran varian-varian baharu dan kemampuan sistem perkhidmatan kesihatan termasuk kemasukan kes ke hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Ia juga bergantung kepada kemampuan premis menempatkan kes serta ketersediaan anggota kesihatan untuk merawat kes di ICU, menjalankan siasatan kes di lapangan sama ada di hospital atau rumah, membuat susulan harian ke atas kes COVID-19 positif yang diletakkan di bawah HSO dan menjalankan siasatan kontak rapat.
Selain itu, beliau berkata KKM menetapkan lima strategi bagi melandaikan lengkuk COVID-19 iaitu memutuskan rantaian transmisi, mengurangkan morbiditi dan kematian, memperkukuh diagnostik dan survelan bagi mengesan awal kes COVID-19, mencapai imuniti kelompok serta meningkatkan kesedaran dan pembudayaan normal baharu.
Katanya lima strategi itu adalah untuk memastikan matlamat Pelan Pemulihan Negara berjaya dicapai mengikut sasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan Ordinan Darurat itu memberi kesan efektif ke arah usaha melandaikan lengkuk COVID-19 di Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mahkamah Tinggi dengar kes saman berhubung Ordinan Darurat pada 3 Okt
Peguam New Sin Yew, yang mewakili Bersih dan tujuh pihak selaku plaintif ketika dihubungi berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Dewan Negara lulus usul ungkai Ordinan Darurat
Persidangan Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi mengungkai tujuh ordinan darurat.

Ordinan Darurat terungkai sepenuhnya selepas dilulus di Dewan Rakyat, Dewan Negara
Usul diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin selepas dibentang dan dibahas serta mendapat undian suara terbanyak.

Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon berkata lebih suara dalam dewan bersetuju agar usul tersebut diluluskan,

PRN Sarawak: 'Tunggu perintah darurat ditarik balik' - Abang Jo
Sarawak hanya menunggu Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 ditarik balik sebelum membuat sebarang pengumuman mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson
Polis menahan 16 individu termasuk dua warga emas yang leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Lukut, Port Dickson dekat sini semalam.

Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor
Keputusan itu diambil selepas berakhirnya Proklamasi Darurat 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Dihalang masuk Parlimen, Majlis Presiden PH minta semua Ahli Parlimen buat laporan polis
PH berasa amat kesal dengan tindakan mengarah serta memperalat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghalang Ahli Parlimen dari memasuki Parlimen.

Krisis Perlembagaan atau kemaruk kuasa?
Mana hala tuju politk di negara ini. Ini perincian dan pendapat Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Hj Dullah.

Ungkai Ordinan Darurat September depan, selesai polemik secara harmoni, berperlembagaan - PM
Jemaah Menteri akan membincangkan berkenaan usul untuk membahas dan mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat esok sebelum ia dibawa pada sidang Parlimen, September depan.