KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 Okt untuk mendengar kes saman difailkan Presiden Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Fann Peng Tong, Bersih & Adil Network Sdn Bhd serta enam badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan berhubung Ordinan Darurat yang didakwa tidak berperlembagaan.
Peguam New Sin Yew, yang mewakili Bersih dan tujuh pihak selaku plaintif ketika dihubungi berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
"Tarikh pendengaran itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Siti Nur Hafizah Mohd Sokran semasa pengurusan kes secara e-Review hari ini. Mahkamah turut mengarahkan pihak-pihak terlibat memfailkan hujahan bertulis pada 5 Sept dan hujahan balasan sekiranya ada, pada 19 Sept," kata peguam itu.
Selain Bersih & Adil Network dan Fann, turut dinamakan sebagai plaintif ialah Zaharom Nain mewakili Pertubuhan Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak); Anil Noel Netto mewakili Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran); Suara Inisiatif Sdn Bhd; Yong Yew Wei untuk Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor; Save Rivers Sdn Bhd dan CIJ Communications Services Sdn Bhd.
Muhyiddin, yang ketika itu perdana menteri dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.
Dalam saman pemula terpinda difailkan pada 1 April 2021, kesemua plaintif memohon deklarasi bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 adalah menyalahi undang-undang serta tidak berperlembagaan dan oleh itu, ia terbatal, tidak sah dan tidak mempunyai kesan.
Plaintif juga memohon mahkamah menentukan beberapa persoalan perlembagaan antaranya sama ada Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 Jan 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang berkuat kuasa pada 14 Jan tahun sama perlu dibentangkan dalam kedua-dua Dewan Parlimen sedangkan persidangan kedua-dua Dewan telah ditangguhkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Peguam New Sin Yew, yang mewakili Bersih dan tujuh pihak selaku plaintif ketika dihubungi berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. - Gambar hiasan/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Sebutan kes ahli keluarga penyerang 12 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapkan 12 Disember depan untuk pengurusan kes tiga ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram.

Seleweng RM2.3b dana 1MDB: Tuduhan terhadap Najib sah, tidak cacat - Hakim
Mahkamah juga mendapati saksi pendakwaan mempunyai kredibiliti dan tiada siasatan yang berat sebelah.

Pengarah SRC bebas letak jawatan jika tidak setuju dengan keputusan syarikat - Najib
Najib memberi contoh bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang mengambil keputusan berundur pada Okt 2009 atas alasan itu.

Kes lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Johor Bahru memindahkan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram 17 Mei lepas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes 1MDB: Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.

Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.

Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.