SIBU: Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak ketulenan kit ujian pantas antigen COVID-19 yang dijual secara dalam talian sebelum membelinya.
Ini adalah untuk mengelak pengguna daripada ditipu dengan produk palsu yang boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan mereka.
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa daerah Sibu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelyn Bolhassan sehingga 1 September terdapat 14 syarikat berlesen di Malaysia yang mengedarkan produk kit ujian pantas yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan.
"Kami masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai penjualan kit ujian ini secara dalam talian. Kit ini hanya dijual oleh penjual yang diluluskan MDA, justeru orang ramai perlu menyemak terlebih dahulu sebelum membeli," katanya dan menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan kit itu daripada farmasi dan klinik kesihatan berlesen berhampiran.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di salah sebuah farmasi di bandar ini yang menjual kit ujian itu.
Kelyn berkata, harga borong terkawal kit ujian itu adalah RM16 manakala harga runcit adalah RM19.90 seperti yang ditetapkan kerajaan berkuat kuasa 5 September.
Pasukan penguatkuasaannya telah memeriksa semua 40 farmasi berlesen di sekitar bandar itu dan mendapati mereka mematuhi harga jualan yang ditetapkan untuk produk berkenaan.
Penjualan kit ujian di Sibu, yang merekodkan 436 kes positif COVID-19 setakat semalam, boleh mencecah 150 hingga 300 unit sehari bagi satu farmasi.
Setakat ini, beliau berkata tiada aduan yang diterima mengenai penjualan kit ujian pantas oleh farmasi yang melebihi harga yang ditetapkan dan sekiranya ada, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Di bawah akta itu, denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah manakala denda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 kepada syarikat yang melanggar peraturan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021

Harga borong terkawal kit ujian itu adalah RM16 manakala harga runcit adalah RM19.90 seperti yang ditetapkan kerajaan berkuat kuasa 5 September. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pelitup muka, kit ujian COVID-19 cukup di pasaran, harga berpatutan - KPDN Sabah
Pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian COVID-19 masih cukup di pasaran, antaranya di farmasi atau pasar raya.

Syarikat Roche bangunkan kit ujian kesan virus cacar monyet
Cacar monyet diandaikan menular daripada haiwan liar seperti tikus kepada manusia, atau daripada manusia kepada manusia.

COVID-19: Kit ujian pantas RTK alami pengurangan
Negeri yang mengalami kekurangan dijangka akan menerima bekalan dalam masa terdekat.

Kit ujian COVID-19 guna air paip boleh positif? Ini jawapan doktor
Biar Betul, Kit Ujian Covid-19 Guna Air Paip Boleh Positif? Ni Jawapan Dr. Sila Take Note!

Perkeso sediakan kit ujian kendiri kepada majikan - Saravanan
Bermula semalam, Perkeso membekalkan kit ujian saringan jenis RTK Antigen kepada majikan yang menjalankan proses saringan COVID-19 pekerja mereka.

Orang ramai dinasihat semak dengan MDA sebelum beli kit ujian kendiri dalam talian
Ini adalah untuk mengelak pengguna daripada ditipu dengan produk palsu yang boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan mereka.

Harga siling kit ujian COVID-19: Kerajaan beri tempoh seminggu - Rosol
Kerajaan bersetuju memberi tempoh penangguhan selama seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri COVID-19 bermula esok.

KPDNHEP kaji harga, kos kit ujian COVID-19 untuk tentukan harga patut runcit - Nanta
KPDNHEP bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengkaji harga dan kos kit ujian kendiri COVID-19 untuk menentukan harga patut runcit demi kepentingan pengguna.

YSIJ dan Singapura sumbang kit ujian RTK-AG untuk Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama kerajaan Singapura hari ini menyumbangkan 100,000 Panbio COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-AG) kepada Johor.

Persatuan Farmasi Malaysia persoal penjualan kit ujian COVID-19 di MySejahtera
Menurut Presiden MPS Amrahi Buang, penjualan kit ujian hanya menerusi satu platform adalah tidak adil bagi industri farmasi komuniti.