IPOH: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan seorang lelaki susulan kenderaannya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD), di Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang, Kampung Gajah, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mangsa bersama dua lagi penumpang dalam perjalanan dari Batu Gajah ke Kampung Gajah.
Manakala 4WD jenis Isuzu Dmax tersebut datang dari arah bertentangan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kedua-dua kenderaan bertembung secara berdepan di bahagian tengah jalan.
"Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penumpang patah tulang rusuk dan menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang.
"Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau turut mengesahkan kejadian melibatkan sebuah Proton Saga, bukan Proton Iswara seperti laporan awal semalam.
Mohd Yusri menambah, Proton Saga itu rosak teruk di seluruh bahagian, sementara Isuzu Dmax pula rosak di bahagian depan kiri dan kanan kemek, serta tayar hadapan pecah, begitu juga bumper belakang.
"Siasatan lanjut masih berjalan dan semua mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk rawatan serta bedah siasat," katanya.
Mohd Yusri berkata, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhahammad Aizat Abdullah di talian 017-7041317.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah 4WD di Jalan Sungai Galah, Kampung Gajah, pada Selasa.
Aida Aziz
Tue Jan 10 2023
![Orang ramai diminta salur maklumat kes kemalangan maut di Kampung Gajah Orang ramai diminta salur maklumat kes kemalangan maut di Kampung Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673357025_kemalanganmautbat.jpg)
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang Selasa, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila kereta yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah 4WD di Jalan Sungai Galah, Kampung Gajah. - Foto ihsan JBPM Perak
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720650890_MeorHezbullahMeor.jpg)
Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
![Premis terbiar di Ipoh: Isu pewarisan, kos baik pulih tinggi antara punca Premis terbiar di Ipoh: Isu pewarisan, kos baik pulih tinggi antara punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719630125_tbbangunanwarisan.jpg)
Premis terbiar di Ipoh: Isu pewarisan, kos baik pulih tinggi antara punca
Pihak MBI sebelum ini memulakan langkah memulihara bangunan warisan di Pekan Lama (Old Town) pada sekitar tahun 2016.
![Stesen Keretapi Ipoh, Hotel Majestic bakal berwajah baharu Stesen Keretapi Ipoh, Hotel Majestic bakal berwajah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719627643_tbStesenKeretapiIp.jpg)
Stesen Keretapi Ipoh, Hotel Majestic bakal berwajah baharu
Rumaizi berkata, kerja naik taraf itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh.
![Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719534321_BandarrayaIpoh.jpg)
Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar
Rumaizi berkata, Ipoh antara bandar raya yang penduduknya berpendapatan rendah.
![Lelaki dituduh bunuh ibu kandung Lelaki dituduh bunuh ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719285954_KSSugan.jpg)
Lelaki dituduh bunuh ibu kandung
Tertuduh, K.S Sugan, 36, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
![Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718326845_hotspotsampahhara.jpg)
Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.
![Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718253480_suspektikammati.jpg)
Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu
Lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dalam kejadian di Kampung Simee Ipoh pada Rabu direman tujuh hari sehingga 19 Jun depan.
![Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716601383_suspekragutranta.jpg)
Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang
Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun itu mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000.
![Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716173072_tbpendatangtanpaiz.jpg)
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
![Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715893775_SafieaDania.jpg)
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.