Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mulai 5.30 petang hingga 8 malam.
"Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu," katanya.
Beliau berkata majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk "Ramadan Pemacu Ummah MADANI" serta persembahan kumpulan nasyid terkenal Rabbani.
-- BERNAMA
