TULAR video memperlihatkan penyanyi Elizabeth Tan dan Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak sengaja terlanggar satu sama lain.
Menerusi video yang tular itu, insiden tersebut berlaku ketika Elizabeth hadir di majlis berbuka puasa penggiat seni bersama perdana menteri (PM).
Bagaimanapun Elizabeth memohon maaf kerana terlanggar PM disebabkan terlalu teruja dapat bertemu dengan beliau.
“Teruja sangat dapat jumpa DS @anwaribrahimofficial sampai I terlanggar dia… omg I’m so sorry,” tulis Elizabeth di kapsyen video yang dikongsikan.
Rata-rata netizen menggangap kejadian itu berlaku disebabkan PM tidak nampak kelibat penyanyi dan pelakon itu sedang berjalan secara mengundur ke arah beliau.
“Apabila DSA sedang bersalaman dengan orang di sekeliling, wanita ini (Elizabeth) teruja dan berjalan secara mengundur di mana DSA sebenarnya tidak perasan.
“Nampak macam biasa saja, netizen saja macam over. Yang kenal Elizabeth tahu la. Fikirla positif, takkan PM saje nak buat macam itu dekat public kot.
“Liz ni dah nampak PM datang. Apasal nak gostan lagi. Patut berdiri tepi dan salam,” komen beberapa netizen.
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)
Gempak
Sat Apr 15 2023

Netizen menggangap kejadian itu berlaku disebabkan Anwar tidak nampak kelibat penyanyi itu yang sedang berjalan secara mengundur ke arah beliau. - Foto Gempak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Elizabeth Tan mohon maaf tak sengaja terlanggar PM, teruja sangat dapat jumpa
Insiden berlaku ketika Elizabeth hadir pada majlis berbuka puasa penggiat seni bersama PM Anwar, Selasa lalu.