KOTA BHARU: Sejumlah 47,003 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 yang dilaksanakan selama empat hari bermula 10 Jun lepas.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, daripada jumlah itu tiada Lesen Memandu Kompeten penyumbang tertinggi saman dikeluarkan iaitu sebanyak 12,188, diikuti Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (9,711) dan kesalahan teknikal (8,109).
Beliau berkata, JPJ telah memeriksa sebanyak 209,037 pelbagai kenderaan dan daripada jumlah itu 24,537 kenderaan diambil tindakan dengan 47,003 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan kerana gagal mematuhi peraturan jalan raya.
"Selain itu, kita turut mengesan dua pemandu bas berusia 61 dan 42 tahun terlibat dengan penggunaan bahan terlarang iaitu Methamphetamine dan ganja.
"Kedua-dua pemandu bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Khas HRAA 2024 di Akademi JPJ Wilayah Timur, di sini malam tadi.
Muhammad Kifli berkata, JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk tindakan di bawah Akta 715.
"JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjutan diperoleh daripada Agensi Antidadah Kebangsaan.
"Kita memandang serius dan tidak berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan mana-mana pemandu yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan," katanya.
Ops Khas HRAA 2024 yang diadakan selama 18 hari bermula 10 hingga 30 Jun ini, bertujuan memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan agar selamat sampai ke destinasi dituju. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
Menurut Muhammad Kifli, JPJ telah memeriksa sebanyak 209,037 pelbagai kenderaan dan daripada jumlah itu 24,537 kenderaan diambil tindakan dengan 47,003 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan. - Gambar Bernama
Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.
Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Penunggang motosikal maut langgar kerbau, penternak diberi amaran
Seorang lelaki maut selepas motosikalnya melanggar sekumpulan kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah, dekat Tapah.
PGA rampas lori, kambing seludup bernilai lebih RM100,000 di Tumpat
Lelaki berusia 47 tahun itu sengaja memandu lori pada 2 pagi bagi mengelak terserempak dengan pihak berkuasa.
Menghayati makna pengorbanan agung kepada Ilahi
Setiap perintah dan larangan Allah SWT adalah sebahagian ujian yang nyata dalam kehidupan.
Hanya ditinggalkan kandang kosong lima tahun lepas, kini miliki 130 ekor lembu
Muhammad Aiman Muhammad Zaini memulakan perniagaannya hanya dengan membeli dua ekor lembu.
Empat banduan diberi cuti tujuh hari untuk bersama keluarga sempena Aidiladha
Banduan akan dilepaskan dengan syarat-syarat tertentu selama tujuh hari dan kembali menjalani hukuman selepas tempoh tersebut.
Harga lembu korban semakin mahal?
Bagi sesetengah pembekal, mereka perlu membayar lebih berikutan kemerosotan nilai ringgit, berbanding mata wang Baht Thailand.
500,000 kenderaan akan masuk ke Kedah menjelang Aidiladha
Pengguna lebuh raya boleh menyemak aliran trafik lebuh raya utara selatan menerusi laman web rasmi atau media sosial Plus Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyembelih lembu korban
Sultan Muhammad V menyumbangkan sebanyak 30 ekor lembu manakala Pemangku Raja Kelantan pula menyumbangkan tujuh ekor lembu.
Seniwati Hashimah Yon, puluhan pelancong Singapura buat korban di Terengganu
Seniwati Hashimah Yon, 77, antara puluhan pelancong Singapura yang menyambut Aidiladha dan sekali gus melakukan ibadah korban di Terengganu.