TUMPAT: Tindakan seorang lelaki yang memandu lori berisi muatan 50 ekor kambing di awal pagi membawa padah apabila ditahan sepasukan anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) yang sedang melakukan rondaan di Kampung Jubakar, di sini awal pagi ini.
Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati lelaki berusia 47 tahun itu sebenarnya sengaja memandu lori pada 2 pagi bagi mengelak terserempak dengan pihak berkuasa.
Beliau berkata, ketika diperiksa, pemandu lori juga gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah berkaitan haiwan ternakan yang dibawa.
"Susulan itu pemandu lori dan kesemua kambing yang dibawa telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Chabang Empat Tumpat untuk tujuan laporan dan siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Jelasnya, kesemua 50 ekor kambing yang dirampas bernilai RM57,250 dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori (RM45,000) adalah sebanyak RM102,250.
Ia dipercayai dibawa masuk dari Thailand untuk bekalan tempatan di sini khususnya untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.
Difahamkan, sebelum itu kambing dibawa masuk melalui Sungai Golok dengan diangkut menggunakan perahu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Kesemua 50 ekor kambing yang dirampas bernilai RM57,250 dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori (RM45,000) adalah sebanyak RM102,250. - Foto: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Dua pemandu lori, seorang kelindan didenda seludup kambing
Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menyeludup 78 ekor kambing tanpa kebenaran di Terengganu.

PGA rampas lori, kambing seludup bernilai lebih RM100,000 di Tumpat
Lelaki berusia 47 tahun itu sengaja memandu lori pada 2 pagi bagi mengelak terserempak dengan pihak berkuasa.