SERAMAI 2,489,406 jemaah haji didaftarkan menjadi duyufurrahman di Tanah Suci Mekah tahun ini. Setiap seorang daripada mereka pasti mempunyai pelbagai kisah suka duka dalam mempersiapkan diri untuk melaksanakan ibadah haji yang merupakan kemuncak Rukun Islam.
Sebagai seorang Muslim, menyempurnakan Rukun Islam adalah lambang kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT. Namun demikian tidak semua umat Islam mampu mengerjakan Rukun Islam yang kelima ini kerana ia memerlukan kekuatan dari segi kewangan dan juga ketahanan fizikal sepanjang keberadaan di Tanah Haram.
Lantas untuk membina kekuatan dan ketahanan tersebut, umat Islam mesti mempunyai keazaman yang tinggi dan kecekalan yang jitu serta bersedia melakukan pengorbanan jiwa dan raga demi agama.
Banyak episod pengorbanan berlaku mutakhir ini yang boleh diambil ibrah; dari pengorbanan Kementerian Pelajaran dalam perjuangan tulisan jawi dan khat di sekolah sehinggalah pengorbanan masyarakat menempuh kesesakan lalu lintas sehingga 12 jam perjalanan untuk pulang berhari raya.
Namun begitu tiada episod pengorbanan yang bisa mengatasi dua peristiwa pengorbanan agung dalam kehidupan keluarga Nabi Ibrahim A.S. ketika melaksanakan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Pertama, perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim A.S. meninggalkan isteri Baginda, Siti Hajar A.S. bersama bayi yang masih kecil di suatu lembah yang kering kontang dipatuhi dengan penuh redha. Kedua-dua insan agung tersebut berserah dan meletakkan kebergantungan hidup semata-mata kepada Allah SWT.
Ini jelas diungkapkan dalam doa Nabi Ibrahim A.S. dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Ibrahim :37)
Doa tersebut telah menjadi sumber kecekalan Siti Hajar A.S. yang ditinggalkan bersama Nabi Ismail A.S. yang masih bayi. Dan ketika hanya tinggal mereka berdua, Allah SWT pelihara keduanya dengan mengeluarkan air tanah dari hentakan kaki Ismail A.S. yang menjadi sumber air telaga Zam Zam kepada masyarakat Arab sehingga kini.
Pengorbanan Siti Hajar A.S yang redha ditinggalkan di bumi gersang Mekah dan peristiwa larian Siti Hajar A.S. berulang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali kini menjadi sebahagian rukun penting dalam ibadah haji.
Keimanan keluarga Nabi Ibrahim A.S diduga sekali lagi dengan peristiwa pengorbanan kedua iaitu perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim A.S. untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S. yang dikasihi. Sekali lagi Siti Hajar A.S meletakkan kepercayaan bahawa suaminya diperintah melaksanakan korban tersebut demi keredhaan Ilahi.
Lebih penting lagi ungkapan anak kesayangan, Nabi Ismail A.S. yang bersabda seperti firman Allah SWT di dalam Al Quran mahfumnya: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan mendapati aku daripada orang sabar.” (Al-Saffat: 102) memberi kekuatan dan kesabaran kepada Nabi Ibrahim A.S. dan Siti Hajar A.S. bahawa perintah Allah SWT wajib dilaksanakan.
Akhirnya apabila kedua-dua meletakkan kebergantungan kehidupan mereka kepada Allah SWT, pengorbanan jiwa tersebut bertukar menjadi berita yang gembira sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Saffat ayat 107 yang bermaksud: “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.
Dengan kekuasaan Allah SWT sembelihan Nabi Ismail A.S. sebagai korban Nabi Ibrahim A.S. pada-Nya telah diganti dengan seekor kibash yang akhirnya disembelih dan daging haiwan itu diagihkan kepada penduduk-penduduk di sekitar Tanah Haram.
Peristiwa ini turut menjadi titik tolak pensyariatan ibadah korban bintang ternakan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T yang dilaksanakan setiap musim haji setelah selesai Solat Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah).
Mengambil ibrah daripada dua peristiwa pengorbanan agung tersebut dapat disimpulkan bahawa setiap perintah dan larangan Allah SWT adalah sebahagian ujian yang nyata dalam kehidupan.
Sekiranya kita hanya melihat dari sudut pandang logik akal dan hak-hak kemanusiaan semata-mata nyata tiada seorang manusia pun yang sanggup berkorban untuk melaksanakannya. Akan tetapi apabila setiap ujian kehidupan dilalui dengan ketabahan dan kesabaran demi mencari mardhatillah, pengorbanan tersebut amat bernilai di sisi Allah SWT.
Yakin bahawa Tuhan tidak akan sesekali mengabaikan hambaNya yang berkorban tanpa mengharapkan balasan dan percayalah Allah SWT pasti memberi kesenangan di sebalik setiap pengorbanan kita kerana pertolongan-Nya akan sentiasa tiba apabila telah putus segala pengharapan dan daya upaya manusia.
Oleh yang demikian, setiap umat Islam di Malaysia wajar berlapang dada dalam menghadapi setiap ujian dan kesukaran kehidupan khususnya yang melibatkan perkara-perkara sensitif yang memerlukan pengorbanan. Jadilah masyarakat mukmin yang mempunyai kekuatan iltizam dan bersabar selagi mampu mendepani segala pengorbanan Islam yang mendatangkan kebaikan.
Contohi Rasulullah SAW yang mengorbankan ibadah umrah Baginda pada tahun ke 6 Hijrah ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyah demi membuka jalan kepada pembebasan Kota Mekah daripada Musyrikin Quraisy dan tersebar luas syiar Islam pada tahun-tahun berikutnya.
Di Bulan Zulhijjah ini mari kita bersama-sama menghayati makna sebuah pengorbanan. Seseorang yang diangkat martabat di sisi Allah SWT bukan atas segala yang dimiliki, sebaliknya seorang hamba yang berabdi akan sentiasa menjadi khalifah yang berbakti; berkorban untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Wa Lillahil Hamd.
Sumber Rujukan:
i. Nur Saadah Khair, Dr. (2019) Isteri, ibu perlu contohi pengorbanan Hajar. Kuala Lumpur : Berita Harian
* Mohsein Shariff adalah Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohsein Shariff
Thu Aug 15 2019
Ibadah korban mengajar manusia tentang erti berlapang dada dalam menghadapi setiap ujian dan kesukaran kehidupan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Kes kematian kucing di UM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Apa Artinya Aku' - Kolaborasi epik Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya
Menurut Yovie Widianto, pemilihan ketiga-tiga penyanyi ini dibuat berdasarkan kehebatan vokal mereka yang luar biasa.
Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.
Dominasi AS di lautan dengan kapal pengangkut pesawat
Selepas 14 tahun, kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, Uss Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada November lepas, bagi tujuan lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Empat lubang benam dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing
Sebanyak empat lubang benam (sinkhole) dikesan berlaku di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan setakat ini.
Apple tidak pernah rancang pelan berbayar untuk Apple Intelligence
Tim Cook menyatakan bahawa Apple tidak merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri-ciri AI, melihatnya sebagai revolusi teknologi seperti skrin sesentuh.
150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir akan dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batalkan polisi insurans
Kenaikan kos rawatan hospital swasta berpotensi memberi ancaman kepada sistem kesihatan awam sedia ada susulan peralihan golongan pertengahan M40 yang membatalkan polisi insurans akibat kenaikan harga premium insurans.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Pengangkutan awam: Koc wanita diperluas ke laluan Ampang/Sri Petaling
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melaksanakan inisiatif koc wanita di Laluan Ampang/Sri Petaling bermula 31 Disember 2024.
[TERKINI] Kes CEO GISB, 21 ahli dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Wartawan Astro AWANI melaporkan secara langsung kes 22 ahli termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali yang dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang Oktober lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagaimana diputuskan Hakim Lailatul Zuraida Harron @Harun.
Menghayati makna pengorbanan agung kepada Ilahi
Setiap perintah dan larangan Allah SWT adalah sebahagian ujian yang nyata dalam kehidupan.