Seniwati Hashimah Yon, 77, dari Singapura menyambut Aidiladha dan sekali gus melakukan ibadah korban di sini hari ini.
Beliau tiba di sini Jumaat lalu bersama 59 pelancong lain Singapura bagi menyertai program ibadah korban anjuran anak syarikat Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Sdn Bhd beserta sebuah syarikat pelancongan daripada Singapura.
Beliau yang membahasakan dirinya sebagai nenek berkata beliau bersyukur kerana dapat melaksanakan ibadah korban di sini selain dapat melepaskan rindu untuk melawat Terengganu.
"Kali terakhir nenek datang ke sini ialah 50 tahun lalu. Banyak perkara yang nenek rindukan tentang Terengganu terutama penyunya.
"Kebetulan kawan nenek kata ada pakej pelancongan ibadah korban di Terengganu, jadi kami semua setuju menyertai program ini," katanya yang menjadi pelakon semasa puncak kegemilangan filem Melayu di Singapura seperti filem Nujum Pak Belalang, Anakku Sazali, Singapura Dilanggar Todak dan Megat Terawis.
Seorang lagi rakyat Singapura Halus Naim, 61, teruja apabila melihat ibadah korban yang dilakukan di perkarangan Balai Raya Kampung Bukit Wan.
"Kalau di Singapura penyembelihan dilakukan secara tertutup. Namun di sini sesiapa sahaja boleh melihatnya sendiri, malah kita boleh membantu melapah daging korban sebelum ia diagihkan.
"Saya juga seronok kerana orang kampung begitu baik melayan kami dan semangat kerjasama mereka sangat kuat hingga menjadikan aktiviti ibadah korban hari ini berjalan lancar," katanya yang datang bersama suaminya Ramli Khalil, 60.
Sebanyak tujuh ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan dengan bayaran S$270 untuk satu bahagian lembu dan S$350 untuk seekor kambing.
Korban dimulakan seawal 9 pagi selepas solat sunat Aidiladha dengan kesemua pelancong Singapura itu turut dijamu gulai daging yang dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.
Pengurus Besar Unisza Tourism Sdn Bhd, Lokman Hakim Abd Razak berkata pakej pelancongan ibadah korban itu telah diperkenalkan dalam siri promosi Beautiful Terengganu di Singapura sebelum ini.
"Program ini diharap mampu melonjakkan lagi sektor pelancongan dalam negeri terutama menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017. Insya-Allah program sebegini akan diperluaskan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai pelancong dari luar," katanya.
Pelancong Singapura itu akan berlepas pulang esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2016

Hashimah Yon (depan, kiri) bersama sebahagian warga Singapura yang menjalankan ibadah korban di Terengganu hari ini. - Foto Bernama

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Seniwati Hashimah Yon, puluhan pelancong Singapura buat korban di Terengganu
Seniwati Hashimah Yon, 77, antara puluhan pelancong Singapura yang menyambut Aidiladha dan sekali gus melakukan ibadah korban di Terengganu.