Pelayan pelanggan (GRO) warga asing merupakan antara yang ditahan dalam serbuan Ops Gegar di sebuah pusat hiburan popular di Jalan Wong Ah Fook, di sini, malam tadi.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata seramai 13 wanita warga Thailand dan Vietnam berusia antara 20 hingga 25 tahun, ditahan dalam operasi berkenaan pukul 11.35 malam.
Katanya seramai 35 orang pegawai penguat kuasa terlibat dalam operasi di pusat hiburan terbabit yang sebelum ini telah pun digempur pada tahun lepas dan serbuan dilakukan hasil aduan yang diterima dan risikan yang telah dijalankan.
Menurutnya, turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan yang merupakan pengurus pusat hiburan berkenaan, berusia dalam lingkungan 30an dan empat lelaki warga Bangladesh berumur di antara 28 hingga 45 tahun yang merupakan tukang cuci.
“Kesalahan yang dilakukan adalah menyalahgunakan pas lawatan sosial yang dikeluarkan oleh imigresen kepada pelancong. Selain itu ada juga warga Vietnam dan Bangladesh yang tidak mempunyai sebarang dokumen.
“Terdapat juga dalam kalangan mereka yang menyalahgunakan pas lawatan sosial ini adalah pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) iaitu mereka yang sepatutnya bekerja di sektor perkilangan tetapi bekerja di pusat hiburan,” katanya dalam sidang media, di sini, malam tadi.
Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen di Pekan Nanas dan warga asing yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 manakala, bagi kesalahan majikan pula adalah di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 56(1)(d) akta yang sama.
Sementara itu, beliau berkata seramai 20 lelaki warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Indonesia turut ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan di rumah pangsa di sekitar Pasir Gudang pada pukul 1.20 pagi tadi.
Katanya tindakan diambil susulan daripada aduan yang telah diterima dan risikan yang dijalankan di rumah-rumah pangsa tersebut.
“Disyaki warga negara asing terbabit telah tinggal tanpa pas atau permit yang sah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019
Seramai 13 wanita warga Thailand dan Vietnam berusia antara 20 hingga 25 tahun, ditahan dalam operasi berkenaan pukul 11.35 malam. - Fotom JIM
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.