Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi besar-besaran memburu pendatang tanpa izin (PATI) bermula 21 Jan ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi melibatkan Jabatan Imigresen, polis dan RELA itu akan bermula selepas Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) berakhir pada 20 Jan.
PATI yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dan kos ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan, katanya dalam sidang media selepas Pelancaran I-Kad Pekerja Asing, di Putrajaya, Khamis.
Ahmad Zahid berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan kedutaan yang berkenaan.
Menurut beliau, semua PATI yang ditahan akan melalui proses pendaftaran biometrik, iaitu cap jari mereka diambil bagi memastikan PATI terbabit tidak memasuki semula negara ini menggunakan identiti lain.
Ahmad Zahid meminta majikan memanfaatkan sepenuhnya tempoh 10 hari ini memandangkan PKPP tidak akan dilanjutkan.
"Jangan tunggu hari terakhir dan pejabat imigresen sesak baru nak buat permohonan kononnya tidak cukup masa. Kami telah memberi tempoh yang secukupnya," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, dalam tempoh lebih dua bulan PKPP berlangsung, Pusat Kelulusan Setempat (OSC) KDN hanya menerima 3,951 permohonan daripada majikan setakat ini.
Menerusi PKPP, majikan yang mendakwa ditipu oleh ejen atau orang tengah semasa Program 6P boleh mengemukakan rayuan berhubung kedudukan pekerja asing mereka. --BERNAMA
Bernama
Thu Jan 09 2014


Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

FELCRA Bhd catat untung boleh agih akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta - Ahmad Zahid
FELCRA Bhd meraih keuntungan boleh agih bagi tempoh akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta menerusi Projek Peserta FELCRA, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan tegas tangani isu agama, pastikan keharmonian terpelihara - Ahmad Zahid
"Kita yakin Kerajaan MADANI berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Warga MARA perlu jadi pemikir strategik bukan sekadar pentadbir - Ahmad Zahid
Ia bagi memastikan perjuangan Bumiputera kekal relevan dan berdaya saing.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.