Operasi mencari dan mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian penebat kilat jatuh dan menghempap jalan di Jalan Macalister di sini Khamis lepas, dihentikan pada pukul 8 pagi hari ini.
Ketua operasi Datuk Lim Kok Khong berkata keputusan itu diambil kerana pihak berkuasa bimbang operasi menggali yang berterusan akan menjejaskan struktur bangunan warisan di situ.
"Operasi ini dihentikan terus dan lubang sedalam lapan meter yang digali itu akan ditimbus. Ini kerana kawasan ini tanahnya lembut dan berselut, menjadikannya mudah terhakis dan mendap," katanya kepada pemberita, di sini.
Semalam, lubang asal sedalam lima meter digali sedalam tiga meter lagi untuk mengesan penjual nasi lemak Lim Chin Aik, 44, yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan berkenaan.
Mengulas lanjut, Lim yang merupakan bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia Pulau Pinang, berkata pihaknya akan melakukan kerja menstabilkan struktur tanah di kawasan lubang itu bagi mengelak hakisan.
"Selepas kerja-kerja menstabilkan tanah selesai barulah pihak yang terbabit seperti Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Indah Water Konsortium (IWK), dan syarikat telekomunikasi akan menjalankan tugas masing-masing untuk memulihkan semua kemudahan infrastruktur," katanya.
Dalam kejadian petang Khamis lepas, seorang lelaki maut selepas kenderaannya dihempap struktur penebat kilat di atas Menara Umno itu yang jatuh akibat ribut kencang.
Sehari selepas itu, seorang wanita Lee Chai Song membuat laporan akan kehilangan suaminya dan khuatir lelaki berkenaan turut terbabit dalam insiden tersebut.
Susulan itu, pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan mengesan Chin Aik dan pada Sabtu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui terbenam di kawasan runtuhan penebat sepadan dengan kereta milik Chin Aik.
Lewat petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui tiga tayar kereta termasuk tayar simpanan.
Chin Aik yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu dikatakan keluar dari rumah untuk mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb pada pukul 6.30 petang.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pemilik bangunan Menara Umno agar menurunkan saki-baki struktur penebat kilat yang masih tergantung pada bangunan secepat mungkin.
Langkah itu demi menjaga keselamatan orang ramai kerana jalan ini akan dibuka semula kepada lalu lintas dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita semasa meninjau lokasi kejadian hari ini.
Bernama
Mon Jun 17 2013
![Operasi mencari dan menyelamat di Jalan Macalister dihentikan Operasi mencari dan menyelamat di Jalan Macalister dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51371135057_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107000_LojiRawatanKumbaha.jpg)
Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status terkini itu hasil langkah segera diambil bersama IWK bagi menangani isu kelewatan serta menyegerakan kemajuan kerja.
![IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027 IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717084026_FadillahYusof.jpg)
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
![396 loji rawatan kumbahan IWK dipilih bagi pemasangan teknologi solar PV 396 loji rawatan kumbahan IWK dipilih bagi pemasangan teknologi solar PV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700602721_TBNIKNAZMI.jpg)
396 loji rawatan kumbahan IWK dipilih bagi pemasangan teknologi solar PV
Sebanyak 396 tapak Loji Rawatan Kumbahan IWK di Semenanjung Malaysia telah dipilih secara strategik bagi pemasangan teknologi solar Fotovoltan (PV) Fasa 1.
![IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699533006_NikNazmiNikAhmad.jpg)
IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi
Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian.
![Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kaji kitar semula air kumbahan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kaji kitar semula air kumbahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679036619_PBAPPIWK.jpg)
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kaji kitar semula air kumbahan
PBAPP bekerjasama dengan IWK untuk mengkaji aspek daya maju projek kitar semula air kumbahan untuk kegunaan semula industri di Pulau Pinang.
![SPAN, IWK jalankan pengosongan tangki septik di Pulau Perhentian SPAN, IWK jalankan pengosongan tangki septik di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654426918_PulauPerhentianKec.jpg)
SPAN, IWK jalankan pengosongan tangki septik di Pulau Perhentian
Sisa kumbahan hendaklah dilupuskan dengan cara yang selamat supaya dapat mengelak berlakunya penyebaran penyakit bawaan air.
![Pergerakan tanah punca kejadian tanah runtuh - IWK Pergerakan tanah punca kejadian tanah runtuh - IWK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631915545_Runtuhan.jpg)
Pergerakan tanah punca kejadian tanah runtuh - IWK
IWK telah menjalankan kerja-kerja alihan kumbahan sementara agar tidak mengalir di kawasan runtuhan.
![Kerajaan lanjutkan tempoh konsesi IWK hingga 31 Disember 2034 Kerajaan lanjutkan tempoh konsesi IWK hingga 31 Disember 2034](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610591154_IWK.jpg)
Kerajaan lanjutkan tempoh konsesi IWK hingga 31 Disember 2034
Perjanjian itu dilanjutkan berdasarkan prestasi cemerlang IWK dalam menguruskan aset-aset utama sistem pembetungan.
![Tangki kumbahan kini wajib dinyahenap cemar setiap dua tahun Tangki kumbahan kini wajib dinyahenap cemar setiap dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624974623_AgendaAWANI.jpg)
Tangki kumbahan kini wajib dinyahenap cemar setiap dua tahun
Notis penjadualan akan mula dikeluarkan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. kepada 1.3 juta pengguna bermula Julai ini.
![Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609209849_TBAIRSELANGOR.jpg)
Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna
Central Water Reclamation Sdn Bhd akan mengenal pasti usaha sama lain berkaitan dengan loji rawatan IWK, termasuk loji di Pantai 2, Kuala Lumpur dan Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.