PUTRAJAYA: Status semasa kemajuan projek menaik taraf 636 Loji Rawatan Kumbahan (LRK) di seluruh negara berada pada tahap 98.5 peratus dengan 609 loji telah siap sepenuhnya dan 27 lagi dijangka siap pada Oktober ini.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan semalam memaklumkan status terkini itu hasil langkah segera diambil bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bagi menangani isu kelewatan serta menyegerakan kemajuan kerja bagi mengelak sebarang impak kelewatan daripada berterusan.
"SPAN akan terus memantau secara dekat kerja penyiapan baki projek dengan rapi bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang bakal memberi manfaat besar kepada pengguna perkhidmatan pembetungan serta menjamin kelestarian sumber air dan alam sekitar," menurut kenyataan itu.
Media pada Khamis melaporkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 mendapati 129 daripada 636 projek menaik taraf LRK Fasa 1 dirancang SPAN yang dilaksanakan IWK mengalami kelewatan dengan kos berjumlah RM68.16 juta.
Laporan itu menyebut kelewatan itu disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penangguhan kerja pemasangan paip dan kelewatan pembekalan bahan binaan sehingga menyebabkan objektif pembinaan infrastruktur air tidak tercapai.
Kenyataan itu menyebut SPAN mengambil perhatian serius terhadap LKAN termasuk semua teguran yang diberikan berkenaan perkhidmatan air.
Menurut SPAN, kerja menaik taraf 636 loji rawatan kumbahan di seluruh negara bagi mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 telah dimulakan sejak 13 Nov 2020 dengan kos berjumlah RM142.8 juta.
"Ketika aktiviti audit dan lawatan tapak sekitar 2022 hingga awal 2023, kelewatan telah direkodkan ke atas 129 lokasi projek yang berpunca daripada pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP," menurut SPAN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Menurut SPAN, kerja menaik taraf 636 loji rawatan kumbahan di seluruh negara bagi mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 telah dimulakan sejak 13 Nov 2020. - Gambar hiasan/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

IWK sangkal dakwaan cemari Sungai Gong di Rawang
IWK menegaskan kejadian air di Sungai Gong, Rawang menjadi hitam, bukan berpunca daripada pelepasan efluen Loji Rawatan Kumbahan Kawasan Perindustrian Rawang.