KOTA KINABALU: Kes kemalangan jalan raya sempena Op Selamat 18/22 di Sabah meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 508 kes berbanding hanya 472 kes tahun lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata jumlah itu meningkat sebanyak tujuh peratus atau 37 kes sepanjang Op Selamat yang berakhir pada 8 Mei lepas sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
"Bagaimanapun kes kemalangan maut menunjukkan penurunan iaitu hanya enam kes direkodkan tahun ini berbanding 14 kes tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Idris berkata sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat bermula 29 April itu, Polis Sabah turut mengeluarkan sebanyak 16,376 saman atas pelbagai kesalahan berbanding 16,969 saman tahun lepas.
Beliau berkata sebanyak RM65,300 kompaun juga dikutip sepanjang tempoh berkenaan manakala 33 kes tangkapan melibatkan beberapa kesalahan antaranya melibatkan kesalahan Akta Pengangkutan Jalan (30 kes), Akta Kanun Keseksaan (dua kes) dan Akta Pendaftaran Negara (satu kes).
"Walaupun Op Selamat 18/22 telah berakhir, pihak polis akan terus mengambil pendekatan yang maksimum berkaitan keselamatan lalu lintas dengan penguatkuasaan dan pemantauan akan diteruskan bagi memastikan kadar kemalangan di Sabah menurun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat bermula 29 April itu, Polis Sabah turut mengeluarkan sebanyak 16,376 saman atas pelbagai kesalahan berbanding 16,969 saman tahun lepas.
Sistem HS-WIM dijangka beroperasi tahun ini, mampu kesan kenderaan berat lebih muatan - Loke
Sistem High Speed - Weight in Motion (HS-WIM) yang dipasang bertujuan memantau muatan kenderaan berat secara automatik dijangka mula beroperasi suku ketiga tahun ini.
SPRM bertindak ke atas aduan rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima
Tujuh perkara telah diberi penambahbaikan dalam Piagam Pelanggan SPRM baharu yang dilancarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
MAHKAMAH BENAR RAYUAN SEMAKAN KEHAKIMAN NAJIB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Agenda Reformasi: Titah Adendum | Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Salehuddin Saidin berkongsi pandangan mengenai kebenaran diberi Mahkamah Rayuan untuk semakan kehakiman oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum.
Titah Adendum: Mahkamah akan tentukan kesahihan - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu berkata apabila Titah Adendum tersebut ditentukan kesahihannya, pelaksanaan yang terdapat dalam titah tambahaan tersebut perlu dibuat.
Pantau Agenda Reformasi: Lembaran baharu Malaysia-Singapura
Apa signifikannya lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia pada 6 dan 7 Januari 2025 khususnya dalam menentukan hubungan dua hala Malaysia-Singapura, selain isu serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama?
Impak kepada ekonomi Malaysia khususnya Johor
Bersama di talian , Pakar Ekonomi Universiti Malaya (UM) , Profesor Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.
Luruan monsun kuat bermula 9 Jan, hujan lebat berterusan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan, berdasar kepada analisis terhadap model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun kuat dijangka masuki rantau negara bermula 9 hingga 13 Januari ini. #AWANInews
Op Selamat: Kemalangan jalan raya di Sabah meningkat tahun ini
Kes kemalangan jalan raya sempena Op Selamat 18/22 di Sabah meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 508 kes berbanding hanya 472 kes tahun lepas.
Cuai, penting diri antara punca kemalangan sepanjang Op Selamat 18
Hari terakhir Op Selamat 18 mencatatkan 319 kemalangan di Selangor.
Op Utama: 1,250 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya - JSPT KL
Polis mengeluarkan sebanyak 1,250 saman kepada pengguna jalan raya menerusi Op Utama yang dilaksana selama tiga hari bermula Jumaat.
Op Selamat 18: Polis Kedah keluarkan lebih 13,000 saman
Daripada jumlah itu, sebanyak 9,413 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju.
28 maut kemalangan jalan raya pada hari pertama Syawal
Enam kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.
Dua juta kenderaan dijangka guna lebuh raya Jumaat ini - Polis
PDRM menganggarkan dua juta kenderaan dijangka menggunakan beberapa lebuh raya seluruh negara Jumaat ini menjelang Aidilfitri.