KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan sebanyak 1,250 saman kepada pengguna jalan raya menerusi Op Utama yang dilaksana selama tiga hari bermula Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Saleh berkata menerusi operasi berkenaan yang diadakan bersempena Op Selamat 18, polis turut menahan 11 lelaki tempatan berumur 15 hingga 47 tahun atas pelbagai kesalahan trafik.
"Daripada 11 yang ditahan, lapan daripadanya ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dua lagi didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan seorang lagi ditahan atas kesalahan menunggang motosikal curi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan awal pagi tadi selepas mengetuai Op Utama yang dilaksanakan di sekitar ibu kota.
Op Utama tertumpu kepada pemeriksaan ke atas kenderaan yang diubah suai, pemandu mabuk dan samseng jalanan.
Sarifudin berkata dalam operasi berkenaan juga, polis menahan seorang lelaki kerana didapati positif dan memiliki dadah.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 22 motosikal dan tiga kenderaan turut disita atas kesalahan mengubah suai kenderaan dan ekzos.
"Tindakan serta pemeriksaan (dilakukan) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta Jabatan Alam Sekitar selain pemilik diarah untuk mengubah kepada asal," katanya.
Sementara itu, beliau berkata polis menempatkan anggotanya di tiga pintu masuk utama ke ibu negara bagi membantu penyuraian trafik susulan pergerakan pulang orang ramai ke kediaman masing-masing selepas cuti Aidilfitri.
Beliau dalam pada itu menasihati pengguna jalan raya agar tidak melakukan kesalahan yang boleh membahayakan nyawa dan pengguna yang lain.
"Kita berharap pengguna jalan raya terutama yang akan memasuki Kuala Lumpur agar berhati-hati dan mematuhi peraturan bagi memastikan keselamatan terjaga dan masing-masing selamat sampai ke destinasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Polis mengeluarkan sebanyak 1,250 saman kepada pengguna jalan raya menerusi Op Utama yang dilaksana selama tiga hari bermula Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Dua lelaki positif dadah ditahan selepas pecut 7km dari polis
Cubaan dua lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada polis sejauh tujuh kilometer berakhir apabila mereka akhirnya berjaya ditahan.

Op Utama: 1,250 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya - JSPT KL
Polis mengeluarkan sebanyak 1,250 saman kepada pengguna jalan raya menerusi Op Utama yang dilaksana selama tiga hari bermula Jumaat.