PUTRAJAYA: Seramai 23 anggota dan pegawai kastam akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, di enam mahkamah sesyen di seluruh negara sehingga 6 Jun ini.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini dua pegawai kastam telah dituduh di mahkamah selepas ditahan menerusi Op Samba 2.0.
Menurut kenyataan itu, operasi itu yang dilaksanakan bermula 11 Mac dan berakhir 25 Mac lepas menumpukan siasatan kepada anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang bertugas di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akhirnya telah berjaya mengesan ketirisan hasil cukai sebanyak RM2 bilion.
"Ini merupakan satu kerugian hasil negara yang amat besar dan memberi impak negatif berterusan kepada ekonomi negara sekiranya tidak dibendung," menurut SPRM.
Dalam operasi itu, SPRM telah menahan 34 anggota dan pegawai dari gred 19 hingga 44 bersama 27 individu serta pemilik syarikat dan hasil siasatan mendapati mereka bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pengimportan dan penjualan arak serta rokok seludup.
Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM turut merampas telefon bimbit, komputer riba serta lapan kenderaan mewah milik sindiket terbabit.
SPRM juga telah membekukan sebanyak 231 akaun bank milik individu, syarikat dan 'akaun keldai' yang berkait dengan kegiatan sindiket penyeludupan berkenaan melibatkan kira-kira RM18 juta.
Op Samba 2.0 merupakan operasi diketuai SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memerangi aktiviti rasuah pegawai agensi penguatkuasaan yang melindungi aktiviti penyeludupan sejak 2017 hingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Seramai 23 anggota dan pegawai kastam akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, di enam mahkamah sesyen di seluruh negara sehingga 6 Jun ini. - Gambar fail/SPRM
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Op Samba 2.0: Dua pegawai kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah
Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam dihadapkan berhadapan 14 pertuduhan menerima rasuah RM12,500 antara tahun 2017 dan 2023.

Op Samba: 23 anggota dan pegawai kastam akan dituduh
SPRM memaklumkan setakat ini dua pegawai kastam telah dituduh di mahkamah selepas ditahan menerusi Op Samba 2.0.

Op Samba SPRM: Sindiket guna orang tengah rasuah penguat kuasa
Sindiket tersebut dipercayai melakukan perbuatan penyeludupan dan merasuah pegawai agensi penguatkuasa itu sejak 2017 hingga 2024.