Ringkasan AI
- Sesi Keterangan di SPRM: Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk sesi keterangan berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM43.9 juta. Ini adalah hari ketiga mereka dipanggil untuk membantu siasatan.
- Pembekuan Akaun dan Sitaan: SPRM telah membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pasangan tersebut bernilai kira-kira RM1.1 juta. Beberapa tas tangan dan jam tangan mewah bernilai kira-kira RM200,000 turut disita.
- Siasatan di Bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009: Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, dengan operasi Op Favish membekukan 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat untuk membantu siasatan.
Mereka tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM sekitar jam 2.30 petang menaiki sebuah kenderaan SUV berwarna hitam.
Untuk rekod, hari ini merupakan hari ketiga pasangan tersebut dipanggil pihak SPRM bagi membantu siasatan, yang dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri tersebut akan hadir pada pukul 10 pagi hari ini, namun telah ditunda ke jam 2 petang.
Pada 6 November, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Pembekuan itu adalah susulan daripada siasatan dijalankan SPRM terhadap suami isteri tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Menurut sumber, sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi 'Op Favish' telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri berkenaan bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.
Selain itu beberapa tas beg tangan dan seutas jam tangan mewah bernilai kira-kira RM200,000 turut disita dari premis pasangan tersebut.