Ringkasan AI
- Pasangan pengasas FashionValet menyambung memberikan keterangan kepada SPRM berhubung kes kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.
- Proses rakaman keterangan memasuki hari keenam, dengan SPRM menyiasat transaksi akaun mencurigakan dan membekukan beberapa akaun bank bernilai kira-kira RM1.1 juta.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan SPRM sedang menyemak aliran tunai yang diterima pasangan pengasas FashionValet.
Kenderaan membawa pasangan tersebut tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 2.50 petang.
Hari ini memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan setelah SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang itu.
SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 Nov lepas.
-- BERNAMA