Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah mengambil alih jawatan pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuatkuasa serta merta.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyerahkan teraju kepimpinan PBS kepada Ongkili pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang pertama yang diadakan hari ini di ibu pejabatnya di sini.
"Beliau (Pairin) berehat daripada melaksanakan tugas presiden dan akan terus menjalankan tugas menteri dan kerja-kerja komuniti sehingga akhir penggal," kata Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun dalam satu kenyataan hari ini.
Selepas menyampaikan ucapannya, Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, beredar bagi membolehkan Ongkili mempengerusikan mesyuarat tersebut.
"Tan Sri (Pairin) masih berada untuk membantu, memberi bimbingan dan bekerjasama dengan parti pada pilihan raya umum akan datang," kata Mositun.
Beliau berkata, Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air , akan bertanggungjawab bagi semua perkara yang menyentuh parti termasuk persiapan untuk pilihan raya akan datang.
Pelantikan Ongkili memasuki fasa kedua pelan peralihan parti.
"Tan Sri (Pairin) menggesa pemimpin parti di semua peringkat untuk bekerjasama, terus bersatu dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang, dan memberi sokongan yang sama kepada pemangku Presiden," katanya.
Pada 29 Julai tahun lepas, Pairin memulakan proses peralihan kuasa apabila beliau menyerahkan kuasa kepada Ongkili, yang menjadi Timbalan Presiden selama 23 tahun, untuk menjalankan tugas presiden parti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah mengambil alih jawatan pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuatkuasa serta merta. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

JPN nafi calon ketua cabang PKR Kimanis ada dua MyKad
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan bahawa calon ketua cabang PKR Kimanis, Sabah memiliki dua MyKad.

Ongkili pemangku Presiden PBS berkuatkuasa serta merta
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah mengambil alih jawatan pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuatkuasa serta merta.

Johnny Mositun dilantik Setiausaha Agung PBS
Bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun dilantik sebagai Setiausaha Agung parti yang baharu menggantikan Datuk Henrynus Amin.