Bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun dilantik sebagai Setiausaha Agung parti yang baharu menggantikan Datuk Henrynus Amin.
Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan pula dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung yang baharu.
Manakala Datuk Linda Tsen dilantik sebagai Bendahari Agung, Datuk Joachim Gunsalam (Penolong Bendahari Agung), Datuk Jahid Jahim (Ketua Penerangan) dan Datuk Benard Maraat (Penolong Ketua Penerangan), katanya dalam sidang akhbar sempena penyampaian watikah pelantikan jawatan itu di ibu pejabat parti di sini hari ini.
Sehubungan itu, Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah yakin barisan kepimpinan baharu itu mampu membawa parti ke arah pengukuhan dan pertadbiran yang lebih relevan seiring perkembangan arus semasa.
"Saya percaya muka-muka baharu yang dilantik mempunyai semangat baharu yang berkobar-kobar mahu melakukan yang terbaik demi kebaikan parti dan keyakinan serta kesediaan tinggi untuk menyumbang kepada parti," katanya.
Sementara itu, Johnny yang berbesar hati dengan tanggungjawab baharu itu bertekad untuk menjalankan tugas itu berdasarkan pengalaman sejak menjadi anggota parti termasuk exco dan ketua penerangan.
"Dengan kepercayaan ini saya berpendapat ini adalah jawatan penting dan saya akan menggalas tanggungjawab yang diberikan itu dengan bijaksana," katanya sambil berikrar akan berusaha menambah keanggotaan parti dan memenangi hati rakyat terutama generasi muda.
Jahid yang merupakan bekas Ketua Pemuda parti berkata beliau akan berusaha memperbaiki imej parti ke arah lebih positif selaras perjuangan parti.
"Saya akan menggabungkan elemen-elemen yang baik dengan media elektronik dan cetak khususnya berkait rapat dengan media sosial agar kita dapat menangkis gerakan siber yang dibawa pembangkang," katanya.
Pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) lepas, Pairin menang tanpa bertanding jawatan presiden manakala Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Dr Yee Moh Chai masing-masing mengekalkan jawatan timbalan presiden bagi kuota bukan Islam Bumiputera dan Cina.
Bernama
Fri Nov 15 2013

InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

JPN nafi calon ketua cabang PKR Kimanis ada dua MyKad
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan bahawa calon ketua cabang PKR Kimanis, Sabah memiliki dua MyKad.

Ongkili pemangku Presiden PBS berkuatkuasa serta merta
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah mengambil alih jawatan pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuatkuasa serta merta.

Johnny Mositun dilantik Setiausaha Agung PBS
Bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun dilantik sebagai Setiausaha Agung parti yang baharu menggantikan Datuk Henrynus Amin.