KUALA LUMPUR: Dua anggota polis disiasat berhubung insiden melibatkan orang kena tahan (OKT) warga Myanmar yang meloloskan diri dari kenderaan polis sebelum berjaya diberkas semula dalam kejadian di Jalan Kuching menghala pusat bandar di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua anggota polis terlibat disiasat berkaitan unsur kecuaian ketika menjalankan tugas.
"Siasatan dijalankan mendapati ketika kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, suspek digari bersama beberapa individu yang lain ketika kejadian sebelum melarikan diri dengan membuka gari lalu terjun dari lori yang dinaiki.
"Siasatan awal dijalankan mendapati suspek mempunyai kepakaran membuka gari berdasarkan keterangan yang diambil daripada suspek," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.
Katanya, suspek kemudiannya ditahan semula pihak polis kira-kira jam 9.20 malam pada hari sama di Masjid Medan Idaman Setapak.
"Siasatan turut dijalankan melibatkan dua anggota polis kerana kecuaian ketika menjalankan tugas.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 31 2023

Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua anggota polis terlibat disiasat berkaitan unsur kecuaian ketika menjalankan tugas. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kekerasan melampau, penderaan antara punca tahanan larikan diri dari DISB - EAIC
EAIC mendapati kekerasan melampau dan penderaan yang dilakukan beberapa pegawai JIM terhadap tahanan etnik Rohingya adalah antara punca tahanan melarikan diri.

100 lagi anggota imigresen, PGA ditambah kesan pendatang asing lolos di Perak
Ruslin berkata kesemua anggota itu telah diatur gerak pada pagi ini untuk meneruskan operasi pencarian.

OKT bergari lolos diri, dua anggota polis disiasat
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, kedua anggota polis terlibat disiasat berkaitan unsur kecuaian ketika menjalankan tugas.

Pihak berkuasa luaskan perimeter pencarian dua tahanan lolos
Empat tahanan telah melarikan diri dari PTP Puncak Borneo pada Khamis, dua berjaya ditangkap, manakala dua lagi masih lolos.

Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan
Tertuduh didakwa cuba membunuh seorang anggota polis yang boleh menyebabkan kematian dengan memandu laju sebuah kereta polis.

13 pelatih lari dari PUSPEN Gambang berjaya ditahan
Seramai 13 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang yang melarikan diri daripada pusat terbabit awal pagi hari ini berjaya ditahan semula kira-kira jam 4 petang tadi.

Tujuh tahanan lolos kini diburu polis
Tujuh tahanan reman diburu selepas lolos sebelum sempat tiba di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang